Satu persatu perkongsiannya memasuki FYP. Nama Boss James mula meniti bibir sekaligus mengangkat diri usahawan ini sebagai pempengaruh media sosial yang terkenal. Siapa sangka, kefasihan jejaka berbangsa Cina ini menggunakan medium penghantar Bahasa Melayu untuk mendekati penonton berjaya mencuri hati jutaan rakyat Malaysia yang meminati konten berbentuk inspirasi.

Bukan Mudah Jadi Pempengaruh Berkualiti, BOSS JAMES Buktikan Konten Inspirasi Mampu Jadi Medium Terbaik  Masyarakat

Ads

Bijak menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej positif, Boss James memilih pendekatan menghasilkan video-video pendek yang menerapkan nilai moral dalam pengisiannya. Tidak hairanlah mengapa Pengarah Urusan Berjaya Mega Motor Ent Sdn Bhd ini terpilih sebagai penerima Nona Men’s Inspiring Award yang disegani ramai.

Ketika ditemui sewaktu sesi fotografi baru-baru ini, Boss James atau nama sebenar Ng Yee Sheng mengungkap zaman kecilnya yang berasal dari keluarga penjual motosikal.

Bukan Mudah Jadi Pempengaruh Berkualiti, BOSS JAMES Buktikan Konten Inspirasi Mampu Jadi Medium Terbaik  Masyarakat

“Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga berpendapatan sederhana di mana ibu bapa hanya mampu memperolehi pendapatan sekitar RM500 untuk menyara keluarga. Ibu bapa saya tidak pernah berhenti berusaha untuk meningkatkan kehidupan keluarga dan memastikan
anak-anak mempunyai masa depan yang lebih baik.

Melihat perit jerih kedua ibu bapa dalam mengubah kehidupan keluarga, saya menetapkan matlamat untuk memperolehi pendidikan dan sekaligus meningkatkan kehidupan yang lebih baik,” ujar Boss James yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Pemasaran dari Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat.

BISNES KELUARGA

Usai menamatkan pengajian, Boss James pernah mendapat tawaran bekerja di sektor perbankan namun selepas beberapa tahun berkhidmat, beliau membuat keputusan untuk membantu perniagaan motosikal milik keluarganya.

“Ketika itu, bisnes permotoran masih dianggap sebagai perniagaan tradisional kerana ia masih mengekalkan corak perniagaan konvensional. Jadi, saya perlu memikirkan bagaimanakah caranya untuk memenuhi menarik pasaran terutamanya di kalangan masyarakat moden,” ujar Boss James yang mempunyai pelbagai misi dan visi untuk melakar kejayaan.

Tidak lengkap untuk mencipta pembaharuan tanpa memenuhkan ilmu di dada dalam bidang keusahawanan. Pada  tahun 2019, beliau menerokai dunia keusahawanan dan memilih menggunakan platform media sosial sebagai landasan terbaik untuk mencipta kelainan.

Bukan Mudah Jadi Pempengaruh Berkualiti, BOSS JAMES Buktikan Konten Inspirasi Mampu Jadi Medium Terbaik  Masyarakat

“Siapa sangka dalam tempoh yang singkat, saya berjaya mengumpul lebih daripada 3 juta pengikut di platform media sosial,” ujar Boss James yang pernah meraih tontonan sebanyak 70 juta dalam tempoh 28 hari selain mendapat lebih daripada
124,000 pengikut organik dalam tempoh 30 hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by James Ng (@bossjames___)

Mengakui fenomena tersebut memberi sinar baharu dalam perniagaan milik keluarganya, langkah Boss James jelas membuka rezeki dalam perniagaan motosikal. Beliau juga turut
melakar nama dalam Malaysian Book Of Records hasil usahanya menjadikan media sosial sebagai lubuk rezeki.

Ads

“Saya mengambil masa selama empat tahun untuk berada di tahap kini. Proses pembelajaran juga merupakan sebahagian dari perjalanan yang saya lalui. Jadi, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah,” ujarnya yang berpandangan ilmu pengetahuan antara faktor yang banyak membantu menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti selain
menetapkan hala tuju bagi mencipta kandungan yang berkualiti.

“Ramai orang akan tengok dan nilai perkara yang kita buat dan ia jadi contoh untuk generasi muda. Saya melihat usaha ini perlu dilakukan secara berterusan dan menjadi impak positif untuk golongan muda. Saya merupakan seorang usahawan dan berkongsi inspirasi dengan golongan muda untuk meningkatkan keupayaan dan potensi diri. Saya berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pihak universiti dan sekolah yang sudi memberi peluang untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman.

Bukan Mudah Jadi Pempengaruh Berkualiti, BOSS JAMES Buktikan Konten Inspirasi Mampu Jadi Medium Terbaik  Masyarakat

Saya anggap perkongsian tersebut sebagai jihad kecil saya membantu masyarakat Malaysia mengenali potensi diri. Saya berharap pengalaman yang dikongsikan mampu dijadikan inspirasi kepada para pelajar agar mereka menjadi anak muda yang berjaya pada masa hadapan,” ujar Boss James lagi.

Penglibatan Boss James memenuhi undangan pihak sekolah untuk berkongsi pengalaman dan inspirasi kejayaannya mendapat reaksi positif kerana kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki oleh jejaka berusia 31 tahun tersebut.

Ads

Bukan Mudah Jadi Pempengaruh Berkualiti, BOSS JAMES Buktikan Konten Inspirasi Mampu Jadi Medium Terbaik  Masyarakat

Pernah tercalon untuk kategori Tik Tok Creator Of The Year di Tik Tok Awards Malaysia
2023 yang lalu, Boss James sempat menitipkan pesanan berguna untuk individu yang
ingin menjadi pempengaruh.

“Setiap individu mempunyai pilihan sama ada untuk menjadi pencipta kandungan yang memberi manfaat kepada orang ramai atau sebaliknya. Tetapi menjadi pencipta kandungan bukanlah semudah yang disangka kerana ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Nak pastikan apa yang kita buat itu menjadi, memang ada caranya. Nak jadi terkenal pun boleh melalui cara yang baik atau buruk. Tetapi, bila nak buat sesuatu, pastikan destinasi terakhir akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang,” ujar Boss James penuh bermakna.

Bukan Mudah Jadi Pempengaruh Berkualiti, BOSS JAMES Buktikan Konten Inspirasi Mampu Jadi Medium Terbaik  Masyarakat

Sebelum mengakhiri perbualan, penulis tertarik dengan kronologi kejayaan Boss
James yang berjaya mengubah perniagaan runcit motosikal secara tradisional ke peringkat
yang lebih besar dan menggunakan teknologi media sosial untuk mengembangkan
perniagaan.

“Sebagai usahawan muda yang juga merupakan barisan pelapis baharu, saya ingin berkongsi inspirasi bukan sahaja untuk perniagaan yang saya ceburi, malah berkongsi
ilmu dan impak dengan sesiapa sahaja yang berusaha lebih untuk meningkatkan diri.
Saya percaya perniagaan tidak menjadi usang, tetapi pengurusan yang boleh menjadi usang,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI