Musim PKP ni, memang semua orang telah diarahkan untuk duduk rumah bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19. Hanya mereka yang terlibat dalam sektor ‘essential services‘ dibenarkan untuk bekerja. Selain daripada itu, perlu duduk rumah atau bekerja dari rumah saja.
Apabila sektor perkhidmatan seperti kedai gunting rambut tidak dibenarkan untuk beroperasi, maka ramai yang tidak dapat menggunting rambut terutama lelaki yang tak betah berambut panjang. Anak-anak juga kalau rambut dah tutup mata kesian juga tengok kan. Jadi nak tak nak, sebagai ibu dan isteri kena keluarkan skil mengunting rambut pula.
Datin Rebecca Nur Al-Islam juga telah mengasah bakatnya menjadi tukang gunting rambut. Melalui perkongsiannya di media sosial, “Ada ni tengah potong Rambut Ayoya sebab dah panjang masuk mata dia. So, selain daripada boleh memasak apa sahaja yang encik suami request, mummy juga boleh potong rambut ya. Esok nak potong rambut suami pula,” kongsi isteri kepada Dato’ Nur Azam Sulaiman ini.
Hebat sungguh kuasa seorang wanita kan. Dalam keadaan apa juga keadaan boleh buat apa saja. Sejak PKP ini berlangsung Datin Rebecca juga telah berkongsi banyak resipi termasuklah nasi minyak dengan gaya bersimpuh di atas lantai.
Datin Rebecca Nur Al-Islam dilihat cukup sempurna dengan gelaran seoranga usahawan, ibu kepada lima orang anak termasuk dua orang anak tiri serta dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup namun tetap maju memajukan diri sendiri.
Namun, dalam diam pelakon berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab ini telah memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bukan mudah bagi seorang wanita mahu mengagih masa untuk menyeimbangkan kehidupan seperti Datin Rebecca ini. Memang respek dengan prinsipnya yang tetap mahu menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Datin Rebecca berkata tujuannya untuk menyambung pengajian adalah untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan dorongan anak-anak untuk minat belajar dan menyuntik minta mereka dalam bidang perniagaan.
Datin Rebecca dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan 5 orang anak Nor Adam Daniel, 9, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan serta dua orang anak hasil perkahwinan Dato’ Azam yang terdahulu.
Bagaimana agaknya Datin Rebecca mengatur masanya menyeimbangkan tugas sebagai seorang pelajar dan tugas hakiki sebagai isteri, ibu dan usahawan. “Kalau nak ikutkan masa, memang sentiasa tak cukup. Tapi, alhamdulillah Allah SWT banyak tolong permudahkan segalanya menjadi lebih lancar dan teratur.
Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menjadi Superwoman daripada aspek seorang ibu, usahawan dan juga pelajar di UUM. Saya juga banyak mendapat sokongan terutama dari suami tercinta, anak-anak dan juga semua pensyarah, rakan universiti dan keluarga,” kongsi Datin Rebecca.
Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad