Apa yang kita pakai dan tampilkan adalah imej kepada keperibadian diri sendiri. Tidak kisahlah, sama ada kita seorang suri rumahtangga, kerani, doktor, usahawan atau sebagainya. Kita akan dinilai berasarkan penampilan diri kita. Memang benar, kita dibesarkan agar tidak menilai buku hanya dari sampul muka hadapan ‘Don’t judge the book by its cover!’. Namun sejujurnya, sebagai manusia kita akan cepat menilai manusia dari pertama kali melihatnya, sebelum di beri peluang untuk mengenali keperibadiannya.

Maka, kita harus menciptakan kesan pertama kali yang positif. Harus di ingat, penampilan dapat meningkatkan status sosial dalam lingkungan anda dan membantu meningkatkan rasa percaya diri. Kita di sini bukanlah menuntut anda untuk jadi seorang yang so fashionable! Ianya bertujuan untuk mengajak anda melebarkan citarasa dan mindset betapa pentingnya menjaga penampilan diri. Selak helain Majalah NONA anda akan dapat lihat bagaimana penampilan wanita yang dipaparkan kelihatan elegan, kemas, moden dan versatile mampu menjadi inspirasi buat anda sendiri.

IKLAN

DEBBY YUNUS TINGGALKAN KERJAYA JURUTERA DEMI ‘TO CREATE A NEW YOU!’

Bagi Debby Yunus, peneraju utama DY Global Holdings Sdh Bhd “Kesedaran bagaimana imej yang baik dapat memberi impak yang besar kepada diri sendiri dan kerjaya semakin mendapat perhatian di Malaysia. Bukan saja di kalangan syarikat korpotrat dan sektor awam tetapi ramai juga individu yang mula mencari khidmat perunding imej dan brand transfromasi. Saya percaya industri ini akan terus berkembang kerana skop khidmat yang ditawarkan amat penting dan diperlukan oleh kebanyakan industri.”

Berpegang sarjana muda kejuruteraan elektrik dari UiTM dan Master Business Administration dari University of Wales (UK) , Debby mengembangkan sayapnya dalam bidang Perunding Imej dan Brand Konsultant, “Bapa saya bekas pegawai Kerajaan dan pada ketika itu berpandangan, pekerjaan yang bakal menjamin masa depan yang cerah adalah sebagai seorang doktor, peguam, akauntant, arkitek dan sebagainya. Jadi dia telah membuat acuan kepada ,ketiga-tiga anaknya. Maka, saya jadi engineer dan kedua-dua adik saya sekarang berkhidmat sebagai seorang doktor dan akuantant.

DEBBY YUNUS TINGGALKAN KERJAYA JURUTERA DEMI ‘TO CREATE A NEW YOU!’

Selepas tamat pengajian, saya memulakan pekerjaan di TNB sebagai praktikal trainee dan kemudian saya beralih ke PROTON EDAR dan Syarikat lain dalam bidang Sales & Marketing. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang SALES ketika itu tetapi disebabkan minat dan kesungguhan, saya mampu mencapai jualan sasaran berjuta ringgit. Pengalaman dalam dunia korporat membuatkan saya sedar betapa pentingnya soft skills dan imej diri. Bermula dari detik itu saya berazam agar dapat berkongsi pengalaman membantu mereka yang memerlukan khidmat saya dalam bidang ini ‘To create a better version of themselves’.”

Setelah menceburkan diri sebagai seorang Perunding Imej, pasti ada kenangan pahit manis yang boleh dikongsi, “Kalau nak diceritakan satu persatu sangat banyak. Namun apa yang paling berharga buat saya bila menerima DM/Whatsapp/Posting yang mengucapkan terima kasih kerana aplikasi ilmu dan perkongsian yang diberikan oleh saya kepada mereka telah membawa kejayan terbaik buat mereka semua. Contohnya, mereka mendapat kerjaya idaman mereka atau projek yang diidamkan. Alhamdulillah.

Tapi yang mendukacitakan saya, apabila kita ingin curahkan bakti pada anak bangsa sendiri tetapi, mereka yang lain yang lebih ‘beria’ untuk mendapatkan ilmu daripada kita. Namun saya tidak mudah berputus asa dalam perkara ini perjuangan saya harus diteruskan buat semua rakyat Malaysia,” jelas Debby yang memiliki Certified BrandingImage Professional dan tujuh tahun pengalam sebagai seorang entrepreneurship.

DEBBY YUNUS TINGGALKAN KERJAYA JURUTERA DEMI ‘TO CREATE A NEW YOU!’

IKLAN

Apa yang membuat Debby rasa sakit mata bila melihat ada yang tidak kena pada wanita berfesyen? “Saya kasihan melihat mereka yang main sarung sahaja baju yag paling ‘selesa’ tanpa memikirkan kesesuaian pakaian tersebut dengan potongan badan, warna kulit, kesesuaian majlis atau profesi. Bukan sahaja buat kita sakit mata, di tambah sakit hati bila kita bagi nasihat dan jawapan yang diberikan… “Alaaaa, takde masa nak fikir semua tu!”

Ada juga yang berkata, kalau ada duit banyak pun tetapi belum tentu punya cita rasa! “Sering saya jumpa orang sebegini. Head to Toe barang branded, harga tanpa sepadan. Tapi sayangnya padanan yang digayakan tidak menampakkan ianya semewah harganya. Kita seharusnya kenali kelebihan dan kekurangan diri terlebih dahulu, baru padanan gaya dapat dilakukan dengan lebih baik. Disebabkan itulah ilmu penampilan imej sangat penting. Walaupun dengan ‘pelaburan minima’ boleh membuatkan anda kelihatan mewah dan elegan,” jelas Debby dengan senyuman manis.

Dalam keadaan begini, ada yang bertanya… Mengapa setiap wanita perlukan perunding imej? “Adakala kita sudah terbiasa dengan imej yang di bawa selama ini dan menyebabkan kita sukar untuk membawa imej baru. Dengan adanya perunding imej, tranformasi perubahan “To a New You” akan jadi lebih mudah. Sebaiknya imej diri kita harus berubah mengikut fasa-fasa kehidupan kita. Dari fasa remaja ke fasa pekerjaan, ke fasa rumahtangga, semuanya memerlukan imej bersesuaia dan mengikut keperluan kita. Terutama bagi wanita yang mementingkan imej dan penampilan, inginkan perubahan yang lebih baik dalam hidup.”

DEBBY YUNUS TINGGALKAN KERJAYA JURUTERA DEMI ‘TO CREATE A NEW YOU!’

IKLAN

Nasihat terbaik yang boleh dikongsikan buat semua wanita, “Bagi saya, setiap wanita berhak dihargai, tak kira umur atau latar belakang kerjaya. Wanita perlu tonjolkan imej yangh bersesuaian supaya mereka dihargai. Dress as how you want to be addressed!” ujar, Debby yang pernah mewakili Perunding Imej Malaysia ke Chengdu, China 2019 bersama Dato Faridah Jaabar dan menandatangani MOU kerjasama bagi membuka laluan untuk usahanita memasarkan brand mereka di peringkat global.

DEBBY YUNUS TINGGALKAN KERJAYA JURUTERA DEMI ‘TO CREATE A NEW YOU!’

DEBBY YUNUS TINGGALKAN KERJAYA JURUTERA DEMI ‘TO CREATE A NEW YOU!’

Debby turut berkongsi 5 tips yang sepatutnya dilakukan oleh wanita berfesyen kala menghadiri majlis rasmi:
1. Pakaian bagi majlis rasmi harusnya kelihatan lebih ‘decent’. Jangan pakai baju yang terlalu sendat atau terdedah.
2. Jangan memakai aksesori sarat seperti pokok Krismas! Elakkan aksesori yang berbunyi ketika bergerak, tidak perlu curi perhatian tetamu lain dengan cara begitu.
3. Jika tidak berasa selesa, jangan pakai kasut terlalu tinggi sehingga menyukarkan anda untuk bergerak atau berdiri lama untuk ketika sessi networking.
4. Jangan degil! Jika majlis tersebut mempunyai tema tertentu, sila ikut.
5. Elakkan pemilihan kombinasi warna yang tidak sesuai ke majlis rasmi. Contoh gabungan warna shocking pink dan yellow.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI