Rancangan realiti teleyisyen membuka ruang buat sesiapa sahaja untuk menunjukkan bakat terpendam sekali gus memberikan platform untuk mengapai impian yang mungkin menjadi nyata.
Bagi gadis dari Indonesia, Putri Ariani, 17 tahun, impiannya mungkin tercapai selepas memberikan persembahan memukau dalam America`s Got Talent malah mendapat Golden Buzzer yang jarang diberikan, terutama daripada Simon Cowell.
Ketika memperkenalkan diri kepada para juri, Putri menjelaskan impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah musik terkemuka di Amerika Syarikat, Juiliard dan menambah: “Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy.”
Putri memulakan persembahannya dengan piano dan menyanyikan lagu ciptaan sendiri yang memukau penonton dan juga para juri, dan seterusnya Simon naik ke pentas dan memintanya mempersembahkan sebuah lagu lagi.
“Saya beritahu Putri, saya suka sangat suaranya, saya mahu dia menyanyikan lagu kedua,” jelas Simon.
“Lagu ini untuk anda,” kata Putri sebelum mendedikasikan lagu Elton John yang turut dipopularkan oleh kumpulan Blue, Sorry Seems to be the Hardest Word kepada Simon.
Ads
Persembahan tersebut cukup memukau sehingga membuatkan para penonton memberikan standing ovation selepas selesai menyampaikannya dengan cara tersendiri.
“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda,” kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.
Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim 18. Dia akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kongtrak persembahan di Las Vegas.
Ads
Nama Putri Ariani mungkin hanya dikenali selepas videonya tular tetapi gadis kelahiran Riau ini mula dikenali di negara kelahirannya selepas dia menang Indonesia’s Got Talent pada 2014, ketika usianya lapan tahun.
“Salah satu cabaran saya adalah orang melihat saya sebagai orang buta dan bukan sebagai penyanyi, tetapi bila saya menyanyi saya rasa seperti seorang legenda,” katanya.
Dia mula menyanyi ketika berusia dua tahun, meniru bunyi yang didengarinya. Ibu bapanya menyokong bakatnya dan mendaftarkannya di sekolah muzik.
Ads
Selepas kemenangannya di Indonesia Got Talent, Putri terus mengeluarkan album studio dan pelbagai single. Salah satu kemuncak kerjaya mudanya setakat ini ialah beraksi pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
Kecemerlangan yang dilakar dalam peperiksaan SPM pada tahun 2018 diteruskan lagi ke peringkat universiti apabila penyanyi kelahiran Sabah, Wani Kayrie berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester.
Sebagai public figure, Wani menjadi pembakar semangat serta inspirasi khususnya buat golongan muda yang ingin berjaya dalam akademik.
Wani yang merupakan sepupu kepada Bella Astillah ini berkongsi kegembiraannya itu di Instagram dan dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut serta peminatnya.
“Beauty with brain!” demikian antara pujian yang diberikan kepada Wani setelah berkongsi fotonya bersama sijil Anugerah Dekan yang diperolehinya baru-baru ini. Menurut Wani, sijil tersebut sepatutnya diterima lebih awal iaitu pada Februari.
“Anugerah Dekan bulan Februari tapi baru dapat. Simpan sini buat kenangan dengan ahli kumpulan saya sebelum masing-masing buat latihan industri.”
Memandangkan Wani kini berada di tahun akhir pengajian peringkat ijazah, ianya sangat mencabar. Namun, berkat bantuan rakan-rakan sekuliah serta pensyarah akhirnya dia berjaya mengharungi cabaran itu.
“Semester terakhir saya sangat mencabar dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan yang hebat yang banyak membantu saya sepanjang tahun akhir ijazah ini. Begitu juga pensyarah saya yang sangat memahami,” kata Wani.
Menjengah ke ruagan komen, rata-rata para pengikutnya memuji dan menitipkan ucapan tahniah buat pelantun lagu ‘Jangan Terlepas Pandang’ ini.
Mereka berpendapat, selain cantik Wani juga seorang gadis yang bijak.
Majalah Nona mendoakan semoga Wani terus sukses!
Kredit Foto: Instagram Wani Kayrie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi.”
Itu antara petikan kata-kata jutawan terkenal, Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd. Maksudnya penuh tersirat, usah terus leka dengan apa yang kita ada sekarang.
Tak dinafikan sejak penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia. Kebanyakan peniaga meluahkan rasa bimbang dan cemas apabila keadaan ini menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Namun sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif sepanjang berdepan dengan pandemik ini.
KONGSI TIP PERNIAGAAN
Selain gemar berkongsi hobi memasak di Instagram peribadinya, Haliza juga sering berkongsi nasihat dan tip-tip perniagaan khas buat para peniaga di Malaysia. Baru-baru ini Haliza ada menitipkan 8 cara bagaimana untuk bangkit semula dalam perniagaan seterusnya kembali berada di landasan kejayaan.
Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini.
Selama 21 tahun Bawal Exclusive kukuh di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan diharungi Haliza dan suami, Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.
Walaupun bergelar jutawan namun Haliza sentiasa menjadi seorang yang merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.
“Inilah saya seadanya, saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya, tapi saya dewasa dengan pengalaman. Moga pengalaman yang selalu saya kongsikan akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.
Teruskan rutin harian bangun seawal pagi kerana anda antara insan terpilih sebagai calon usahawan berjaya dunia akhirat, InshaaAllah.”
Kredit Foto: Instagram @halizamaysuri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syawal belum berlabuh. Masih ramai lagi yang menyambut Syawal dengan gembira walaupun dalam suasana PKP. Menjengah laman Instagram Dato Rizalman Ibrahim, rasa sebak pula mendengar laungan takbir raya alunan suara anak sulungnya, Umar.
Dan baru-baru ini, Dato Rizalman berkongsi video di Insta Story apa yang terkandung di dalam luggage bag yang diatur kemas dalam biliknya. Ketika kunjungan kami ke kediamannya beberapa bulan lalu, sempat juga kami ‘selongkar’ ceritanya dari Dato Rizalman sendiri.
“Dalam tu semuanya kelengkapan jenazah untuk saya. Andainya Allah ambil nyawa saya satu hari nanti, diharap dapat mempermudahkan urusan mereka yang akan menguruskan jenazah saya. Kain kafan, jubah untuk menutup tubuh, kapas dan lain-lain lagi semuanya ada. kita tak tahu bila dan dimana nyawa kita akan diambil, kalau boleh saya harap biarlah di rumah,” katanya.
Hampir empat bulan meninggalkan dunia fesyen, Dato Rizalman kini sibuk pula dengan Pung Pang Rizalman, rancangan masakan yang sempat ‘menemani’ petang kita pada Ramadan lalu. Sebenarnya kehidupan Dato Rizalman sentiasa terisi dengan aktiviti, baik perniagaan mahupun perkongsian terjemahan dari isi kandungan al-Quran.
“Sudah lama saya pendamkan niat mengundur diri tetapi saya takut. Setiap kali membuat pertunjukan fesyen, saya sering terfikir kalaulah aku mati saat ini, apa yang aku akan jawab pada Allah nanti. Doa saya terjawab apabila Allah perkenalkan saya dengan orang yang betul dalam penghasilan supplemen T’Neeq.
T’Neeq lahir untuk membantu orang ramai di luar sana yang hidup dalam kesusahan. Saya hidupkan konsep ejen supaya lebih ramai usahawan dapat dilahirkan. Bayangkan, saya pernah menerima banyak DM dari Instagram luahan perasaan dan kedaifan hidup mereka. Orang-orang media yang diberhentikan kerja ramai yang mengharapkan bantuan saya. Dah macam Menteri Kebajikan pula!
Saya murung membaca kisah-ksiah mereka. Saya tidak senang duduk bila mereka mula meletakkan harapan pada saya. Bayangkan, kita duduk rumah dengan selesa, makna minum lebih dari cukup tiba-tiba kitabtahu, ada orang yang terpaksa ikat perut untuk makan, meminjam duit untuk membeli susu malah hidup dalam rumah yang gelap dek kerana bil elektrik yang tak mampu dibayar. Inilah semangat saya untuk membantu lebih ramai orang, bercuti dari memikirkan tentang dunia fesyen!”tegas Dato Rizalman.
Dari T’Neeq, skop perniagaan Dato Rizalman semakin melebar. RILOYANG, RIBAG, RIFANNY dan banyak lagi jenama RI yang diketengahkan. Seperti direncanakan dalam perjalanan hidup Dato Rizalman, Allah mengurniakannya ilmu agar dapat digunakan dan dikongsi bersama masyarakat.
“Hidup saya diatur dengan strategi dan formula. Asalnya saya tak pandai menggunakan media sosial lebih-lebih lagi Instagram. Lepas ‘terbongkar’ fungsi ‘kapal terbang’ di Instagram, baru saya tahu ramai rupanya yang berkomunikasi dengan saya secara private. Di post biasa, saya akan baca setiap komen, dan berusaha juga membalasnya.
Dari DM di Instagramlah saya mula mengetahui keikhlasan peminat saya. Banyak sungguh kisah mereka tak kurang juga yang mendoakan saya. Menitik air mata apabila orang yang tidak kita kenali, mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk kita. Saya terharu dan happy sangat. Rasa begitu dekat dengan followers, walaupun mulut saya ni boleh tahan pedasnya!
Saya sentiasa percaya pada rezeki Allah. Saya bukan Raja Midas, yang mengubah setiap benda menjadi emas. Saya hanyalah hamba yang cuba memperbaiki diri dari hari ke hari dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri. Jangan bongkak dan percaya ia adalah Kun Faya Kun dari Allah,”katanya.
Kesempatan bersama Dato Rizalman kami gunakan sehabis baik. Bukan senang untuk bertemu mata dengan insan yang mempunyai bakat seni agung. Tidak pernah terlintas, seorang pereka fesyen tersohor dan disegani kini memilih peluang rezeki yang jauh tersasar dari landasan kemahirannya.
Kenapa agaknya rezeki Dato semakin menjadi-jadi? “Semua atas kehendakNya. Saya lalui hidup ini dengan percaturan yang telah ditulis secantik-cantiknya. Orang kata, nak murah rezeki kena banyak amalan. Tetapi untuk saya, memang abnyak doa yang diamalkan. Tak tahu yang mana satu berkesan. Tetapi saya sentiasa displinkan diri untuk menunaikan solat sunat Subuh setiap hari dan jadikan solat sunat Dhuha sebagai amalan wajib.
Selalulah bersedekah dan membayar zakat. Kedua-dua ini memberi kesan yang sangat hebat. Pastikan sedekah itu konsisten, kalau tidak rezeki pun tak datang dengan konsisten. Mungkin saya tidak mampu bersedekah kudrat tetapi saya gunakan kelebihan yang saya ada untuk mencari idea-idea dan peluang rezeki yang lumayan. Bila ada duit, lebih mudah untuk kita bersedekah. Itu pemikiran saya.
Cuma, apa yang boleh saya kongsikan adalah sedekah yang orang tidak tahu. Rezeki Allah beri ini saya gunakan untuk membawa orang yang susah mengerjakan umrah. Pada saya, untuk apa kita sibuk menjejak kaki ke Mekah untuk mengerjakan umrah berkali-kali sedangkan ramai lagi umat Islam yang teringin untuk melihat Kaabah di hadapan mata. Teringin bersujud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi namun tidak mampu.
Satu kebahagiaan untuk saya apabila saya diberi rezeki untuk membayar pakej umrah buat seorang tukang sapu yang begitu pandai mengaji Al-Quran. Bayangkan bagaimana dia berdoa untuk kita dihadapan Kaabah dan itulah doa yang paling mulia sekali. Istiqamahlah saat bersedekah,”pesan Dato Rizalman.
Krediti video dan foto: Instgram Dato Rizalman Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.