JANGAN Tinggal SEDEKAH Jika Berhajat Untuk Murah Rezeki Dan Jadi KAYA – Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

377

 Bulan Ramadan ni berpusu-pusu orang mengerjakan ibadat sunat terutamanya solat sunat tarawih. Apa saja yang boleh menambahkan pahala, itulah yang akan kita kejar termasuklah bersedekah.

 

Meriah rumah anak-anak yatim menerima kunjungan dari para dermawan yang menghantar makanan, barangan keperluan dan tak lupa juga yang menghulurkan wang. Apabila kita bersedekah sebenarnya kita melipatgandakan lagi rezeki yang ada. Tak percaya? Dengar apa kata Dato’  Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ini…

 

Antara yang paling murah rezeki adalah Sheikh Tahir al-Baghdadi. Apa yang dipesannya unutk sentiasa murah rezeki ada tiga perkara iaitu:

  1. Jangan tinggal membaca surah al-Waqiah setiap malam
  2. Jangan tinggal solat sunat Dhuha
  3. Jangan tinggal amalan bersedekah

 

Menurut Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim lagi, di dalam hadis Nabi mengatakan barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada malam hari dijamin rezeki oleh Allah pada keesokkan harinya. Namun jika di antara ketiga-tiga amalan ini sukar dilakukan, jangan sesekali tinggalkan amalan bersedekah.

 

Pesan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim, ada 3 perkara lagi yang sangat digalakkan untuk menambahkan rezeki iaitu:

1)      Jangan tinggal sedekah. Allah menyebut di dalam al-Quran, kamu tidak akan masuk di dalam golongan orang yang membuat kebaikan sehingga kamu memberi benda yang kamu sayang.

2)      Jangan tinggal membaca al-Quran. Jika terlalu susah untuk baca al-Quran atau tidak pandai, cukuplah sekadar mendengar, sekurang-kurangnya dapat mengambil keberkatan. Jangan tinggal satu hari pun tanpa membaca atau mendengat al-Quran.

3)      Jangan berllau satu hari pun tanpa menambahkan ilmu yang mendekatkan kita dengan Allah.

 

Jadi pilihan di tangan anda. Jika mahu rezeki sentiasa mencurah-curah, boleh selitkan nasihat dari beliau di dalam rutin harian.

https://www.facebook.com/watch/?v=2267341289975377

 Sumber video: FB Tazkirah Ustaz dan Ustazah

Sumber foto: FB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (official)

Jangan Lupa Komen