Wanita yang mempunyai kerjaya dan dalam masa yang sama mempunyai suami dan anak-anak tentu mendambakan pertolongan daripada pembantu rumah. Kerap kita dengar tentang isu Pembantu Rumah ini. ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Baru-baru ini pelakon terkenal, Catriona Ross berkongsi rasa rindu tentang pembantu rumahnya yang sangat cekap dan menyayangi anak-anaknya Jammal Raess Ross-Iddin Shaharuddin yang telah disahkan autisme.

“Kayu Pengukur Pembantu Rumah Is My Autistic Son,” Catriona Bertuah Dapat Maid TERBAIK

IKLAN

Catriona beruntung kerana mempunyai pembantu rumah yang banyak membantunya selama ini dalam menguruskan anaknya. Ungkap Catriona di lama Instagramnya, “Pernah tak rasa rindu dengan pembantu rumah/helper yang dah balik kampung? Pernah tak rasa selesa dan sayangkan pembantu? I dah faham dah perasaan tu. Sebelum ni kalau ada my friends yang cakap rindu dekat maid and sering call, I macam – apooooo? Tapi betul la, bila pembantu tu berdisiplin, rajin, amanah dengan kerja, jujur dalam berkata-kata dan hormat kita memang kita appreciate sangat bila ketiadaan dia.

Kayu pengukur I buat pembantu is my autistic son sebab anak istimewa has a 6th sense which we, neuro typical people dont have. Bila pembantu I datang dulu, Jammal Raess datang dekat and peluk my helper so I tau she was the one. Bila pembantu mesra dengan anak-anak dan pegang amanah yang diberi apa lagi kasih dengan anak istimewa, makin la kita sayang kan dia. Sebab kita tau hati nya baik. Sapa yang baca post ni, faham maksud i? Di mana juga kamu, moga bahagia sama famili iya,” bicara Catriona.

“Kayu Pengukur Pembantu Rumah Is My Autistic Son,” Catriona Bertuah Dapat Maid TERBAIK

Pembantu Rumah Catriona yang dikongsingakn di laman Instagramnya

Menurut wanita yang diberi nama Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Cat ini anaknya tergolong dalam kategori mild, non verbal dan Raess belum mampu berkomunikasi dengan baik. Namun anaknya yang persis kanak-kanak lelaki Inggeris ini tidak mencederakan diri sendiri cuma ada waktunya sedikit hiperaktif.

Setiap dugaan hanya datang kepada mereka yang mampu memikulnya. Dugaan tidak pernah salah alamat. Jika dahulu sebelum memiliki anak autisme Cat hanya mengetahui perkataan autisme tanpa ilmu yang mendalam.

“Kayu Pengukur Pembantu Rumah Is My Autistic Son,” Catriona Bertuah Dapat Maid TERBAIK

“Sebelum tahu anak autisme, saya hanya tahu perkataan itu dan apa kah autisme tapi setelah disahkan baharu saya baca secara terperinci dan mendalam. Saya habiskan masa dua bulan pertama membaca berbagai-bagai forum antarabangsa, laporan, jurnal dan artikel. Terdapat juga buku-buku yang berkaitan saya beli dan baca. Semuanya demi melengkapkan diri untuk membesarkan Raess tersayang.

Saya sekarang makin faham tentang autisme secara keseluruhan dan boleh mengandaikan kebarangkalian yang akan berlaku. Segala-galanya saya peroleh daripada membaca dan menyertai support groups. Melihat kepada anak-anak autisme yang lain walau pun keadaan mild, saya boleh kenal pasti,” ujar graduan Komunikasi Massa, Universiti Putra Malaysia ini.

IKLAN

“Kayu Pengukur Pembantu Rumah Is My Autistic Son,” Catriona Bertuah Dapat Maid TERBAIK

Wanita yang berusia 37 tahun ini nyata positif dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan bersama keluarganya yang tersayang. Cat bersemangat bercerita tentang hala tuju pendidikan yang mahu diterapkan untuk anaknya.

“Saya akan pastikan Raess boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Itu objektif saya buat masa ini. Supaya dia dapat berdiri atas kaki sendiri. Anak-anak autisme ini kebiasaannya delay 3 tahun ke belakang berbanding anak tipikal. Jadi saya nak pastikan Raess boleh pakai baju, mandi dan memasak makanan diri sendiri. Jika semua ini teratur, lega sikit hati ini.

IKLAN

“Kayu Pengukur Pembantu Rumah Is My Autistic Son,” Catriona Bertuah Dapat Maid TERBAIK

Saya akan study minat dia dan akan hantar ke sekolah vokasional atau ke pusat latihan buat anak-anak  istimewa. Di sana ada berbagai latihan seperti housekeeping, mekanikal dan sebagainya. Tapi buat masa sekarang saya akan fokus kepada toilet training dan perkara-perkara asas saja dulu ini memandang dia baru berusia 6 tahun.

Alhamdulillah sekarang pun dia akan buka pakaian sendiri untuk bilik air. Apa pun segalanya kita tempuhi dengan sabar dan yang penting, jangan soal kenapa Allah SWT beri nasib sebegini. Tetapi kita lalui dengan yakin, apa cara terbaik untuk kita layari hidup kita. Tak perlu kita soal kenapa tapi, kita soal apa yang boleh kita lakukan,” ujar Cat yang wajar diangkat menjadi salah seorang wanita inspirasi.

“Kayu Pengukur Pembantu Rumah Is My Autistic Son,” Catriona Bertuah Dapat Maid TERBAIK
 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI