Comel sungguh Abeer Widad, anak tunggal Ustazah Sharifah Khasif yang cukup terkenal dengan kemerduan suaranya tatkala mengalunkan kalam suci Al-Quran.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah Negara
Comelnya Abeer Widad, anak tunggal Ustazah Sharifah Khasif.

Abeer atau nama penuhnya Abeer Widad Muhammad Hizal yang kini berusia 6 tahun sangat rapat dan manja dengan ibunya. Paling membanggakan Abeer sudah pun menunjukkan kecenderungannya untuk menjadi seorang qariah hebat suatu masa nanti.

Buktinya, lihat saja koleksi video bacaan Al-Quran Abeer yang dikongsi oleh Ustazah Sharifah Khasif di akaun Instagram miliknya. Sedap dan unik sungguh suara Abeer walaupun baru berusia 6 tahun. Selain itu, gelagat comel Abeer juga menarik perhatian kerana Ustazah Sharifah Khasif menerapkan konsep mengaji secara santai.

Sebagai ibu pastinya menjadi impian Ustazah Sharifah Khasif untuk melihat Abeer menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya di dunia mahupun akhirat. Atas faktor itulah wanita berusia 38 tahun ini mahu memberikan yang terbaik demi Abeer.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah Negara
Ustazah Sharifah Khasif sentiasa memastikan Abeer didedahkan dengan pembelajaran Al-Quran sejak kecil.

Sebagai ibu sudah tentu saya nak Abeer lebih daripada saya. Kalau boleh saya nak Abeer menjadi seorang insan yang bukan sekadar cantik bahkan cerdik, setia dan terdidik. Abeer bebas memilih kerjaya namun asasnya haruslah dengan menjadi ahli Al Quran, menjadi mutiara yang sangat berharga di sisi Allah SWT, insyaAllah.

Kita cari akhirat, dunia akan kejar kita. Saya yakin orang yang berilmu dan hidup dengan Al Quran akan diberi rezeki dan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah NegaraSaya dalam usaha nak menjadikan Abeer seorang insan yang akan meneruskan legasi sebagai qariah negara. Amin Ya Allah..Saya dah nampak kelebihannya dari segi suara. Bakat pun dah ada. Skill saja perlu diasah lagi. Makhraj serta sebutannya jelas dan bulat-bulat, ketepatan makhraj yang sedap didengar.

Mengaji satu kewajipan untuk anak-anak kecil seperti Abeer. Saya aturkan kelas khas untuk Abeer bersama kanak-kanak lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran Al Quran sejak kecil.

Namun begitu, saya tak terlalu menekan kerana saya menerapkan gaya santai dan fun. Ini jugalah pendekatan yang saya gunakan untuk kelas anak-anak di Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA). Alhamdulillah mereka seronok tapi syaratnya tak boleh ponteng kelas.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah Negara
Sentiasa aktif menganjurkan kelas mengaji secara online.

Saya menjadikan ibu sebagai contoh dalam mendidik anak. Ibu seorang yang sangat sabar dalam mendidik anak-anaknya. Ibu seorang yang tak banyak cakap, pendiam namun jujur. Susah sangat nak ikut, mungkin cara saya berbeza. Saya banyak ikut cara arwah walid (ayah) beliau seorang yang tegas namun sangat penyayang.

LAYAN ABEER SEPERTI SAHABAT
Hubungan kami memang sangat rapat. Saya memanggil Abeer sebagai ‘Kakak’ dan melayannya seperti orang dewasa, macam sahabat. Adakalanya kami melawak dan adakalanya serius, tapi bertempatlah.

Saya juga suka bercerita dengan Abeer contohnya tentang masa depan, situasi semasa dan sebagainya. Walaupun anak-anak kecil nampak seperti main-main dan tak berapa nak dengar namun percayalah mereka sebenarnya sedang cuba untuk faham.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah NegaraSelain manja, Abeer juga seorang anak yang suka bercakap, mudah mesra dan suka senyum. Selalunya sebelum ini saya suka membawa Abeer ke taman. Biasanya kami akan bersenam bersama-sama atau pun ke shopping mall untuk makan-makan sambil bercerita hal-hal sekolah dan juga hal semasa.

IMPIAN
Saya bersyukur kerana Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) milik saya kian mendapat sambutan ramai sejak dibuka dua tahun lalu di Rampai Business Park Setapak Kuala Lumpur. Akademi ini mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan. Satu lagi cawangan ASQA ialah di Damansara Perdana.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah Negara
Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA)

Impian saya seterusnya ingin membuka ASQA di Melbourne pula. Niat saya untuk approach international market supaya dakwah dapat dikembangkan dengan lebih meluas, Insya-Allah. Doakan yang terbaik untuk saya.”

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah NegaraMakin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah NegaraBagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan luar dalam, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak usianya remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.

Makin Cerdik Al-Quran & Sedap Suaranya. Anak Tunggal USTAZAH SHARIFAH KHASIF Bakal Pelapis Qariah Negara“Alhamdulillah saya sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Mungkin Allah SWT tahu yang saya perlu sihat untuk menjaga Abeer dan dan keluarga. Setakat ini masih diberikan kekuatan mental dan fizikal. Saya sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah SWT di samping menjaga pemakanan dan kesihatan.”

Kredit Foto: Instagram @sharifahkhasif_official

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI