
Sweetnya pasangan selebriti ini! Walau mampu menikmati hidangan mewah di restoran mahupun hotel ternama namun Siti Elizad memilih kejutan yang lebih sentimental dengan menyediakan sendiri hidangan istimewa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan baru-baru ini.
Dalam perkongsian video di media sosial, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin teruja menyajikan sajian untuk suami tercinta, Shamsul Baharin.
Dari membeli bahan-bahan hingga proses memasak, semuanya dikongsikan Elizad kepada peminat di platform Instagram.
Malah, detik suami kesayangan tiba di rumah ketika hujan lebat sambil disajikan masakan figura cantik ini sememangnya menyentuh hati peminat. Terserlah betapa kasih dan sayangnya insan ini terhadap pasangan.




Elizad yang juga pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio SINAR FM ini menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan pada 11 Januari lepas.
Ujarnya, “11 Januari. Selamat Ulang Tahun yang ke-9 sayang. Masih berdua, masih bercinta. Doakan kami ya.
Ya Allah Ya Tuhanku, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, kebahagiaan. Dan selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Kami reda dengan ujianMu.”



Dalam temu bual Nona bersama Elizad sebelum ini, dia yang berusia 39 tahun mendedahkan merancang untuk menjalani proses IVF untuk menimang cahaya mata.
Kecekalan Siti Elizad menjalani rawatan kesuburan sebanyak dua kali dan berjuang untuk hamil meraih perhatian khalayak. Termasuklah Duli Yang Maha Mulia, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada November 2020, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan IVF untuk mendapatkan
Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerap Sakit Kepala & Letih Melampau, Semak 5 Cara Mudah Reset Tubuh Akibat Stres Kronik

Tiba-tiba kerap sakit kepala dan letih melampau, ayuh semak 5 cara mudah reset tubuh akibat stress kronik ini.
Tekanan semakin meningkat, burnout pula kian terasa. Namun tanpa disedari, stres secara senyap melemahkan kesihatan anda dari dalam.
Tidur lewat, kerja tanpa henti. Mungkin ramai beranggapan memaksa diri walaupun ialah perkara yang normal. Tetapi di sebalik rasa lesu, sukar fokus, dan mudah marah, mungkin ada punca yang lebih serius: keradangan kronik.
“Stres harian kebiasaannya bersifat sementara. Apabila punca stres hilang, badan akan kembali tenang.Tetapi stres yang berpanjangan, sama ada disebabkan masalah kewangan, trauma atau tekanan kerja, akan membuatkan sistem tindak balas terhadap stres sentiasa aktif. Ini mencetuskan keradangan, melemahkan imuniti dan meningkatkan risiko penyakit,” jelas Joanne Ng, Pengasas The Pillars Psychological Services.
Stres kini bukan lagi isu peribadi, malah menjadi isu nasional. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan kes-kes kemurungan di Malaysia meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023.
Pakar mengaitkannya dengan stres kronik dan keletihan melampau akibat kos sara hidup yang tinggi, waktu kerja tidak menentu dan waktu kerja yang panjang.
Tanda-tandanya sering tidak disedari. Ramai hanya menganggap ia sekadar ‘penat biasa‘. Sedangkan ia mungkin petunjuk awal keradangan dalam badan.

Dari Kortisol Ke Keradangan Kronik
Stres kronik bukan sahaja mengurangkan tenaga, malah menjejaskan cara badan menyerap nutrien serta mengubah cara anda makan.
“Stres muncul dalam pelbagai cara, tetapi bagi ramai rakyat Malaysia, ia sering bermula di bahagian usus seperti refluks asid atau tabiat buang air yang tidak teratur. Keletihan adalah satu lagi tanda besar, terutamanya bagi orang dewasa bekerja yang sentiasa mengimbangi pelbagai tanggungjawab.
Kami juga melihat banyak masalah berkaitan tidur, sama ada sukar untuk tidur atau terjaga di tengah malam dan tidak dapat kembali berehat. Salah satu tanda paling biasa bahawa badan berada di bawah tekanan ialah sakit kepala akibat tekanan atau migrain,” kata Ng.

Selain kesakitan dan keletihan, stres juga memberi kesan kepada pemakanan. Ia mengubah cara badan anda menyerap dan menggunakan nutrien, yang menjejaskan kemampuan anda untuk pulih.
“Stres menyebabkan badan menggunakan nutrien lebih cepat daripada biasa dan juga boleh mengurangkan penyerapan,” kata Cynthia Jetan, Pakar Nutrisi Perunding di LAC Malaysia.
“Tanpa nutrien tersebut, badan anda sukar untuk mengurus keradangan dan membaikinya. Ia juga mendorong keinginan terhadap makanan tenaga segera yang kebiasaannya tinggi kandungan gula, karbohidrat ditapis, dan lemak, kerana badan anda sedang bersedia untuk fight or flight. Dan diet rakyat Malaysia secara purata tidak membantu.
95% rakyat Malaysia tidak makan sayur-sayuran yang mencukupi. Hidangan berat pada nasi, mi, dan protein, tetapi ringan pada sayur-sayuran, buah-buahan, atau kekacang. Itu bermakna kurang serat dan antioksidan, nutrien yang diperlukan bakteria usus anda untuk menghasilkan sebatian anti-radang.”
Tanpa nutrien ini, walaupun masalah kecil mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Selsema berlarutan, ketidakselesaan usus berterusan, dan tenaga tidak pernah kembali sepenuhnya. Lama-kelamaan, kerosakan semakin mendalam, dengan jangkitan berulang, ketidakseimbangan hormon, masalah kulit, dan risiko penyakit kronik yang lebih besar.
5 Cara Mudah Reset Irama Tubuh Anda
Berita baiknya, anda tidak memerlukan perubahan yang drastik. Langkah kecil tetapi konsisten dapat membantu tubuh menangani stres. Mulakan dengan yang berikut:
1) Berjalan 10 minit di waktu pagi
Cahaya matahari dan pergerakan ringan membantu mengawal kortisol serta menyokong tidur dengan lebih baik.
2) Tarik nafas dalam selama 2 minit
“Hanya beberapa nafas dalam boleh mengaktifkan sistem tenang badan. Apabila kehidupan begitu pantas, kita sering terlupa untuk berehat seketika dan meluangkan masa untuk diri sendiri,” kata Ng.
3) Amalkan pemakanan yang seimbang secara konsisten
“Makanan penuh nutrien seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak, dan lemak sihat membantu menambah tenaga dan melindungi badan daripada keradangan,” jelas Jetan.

4) Suplemen sebagai sokongan nutrisi
Jika gaya hidup sibuk menyukarkan anda untuk mengambil pemakanan seimbang, pengambilan suplemen dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi tubuh anda.
LAC Malaysia menawarkan rangkaian produk yang luas untuk sokongan bersasar, seperti LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract, LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs, LAC Primax Fish Oil 1468mg dan LAC Magnesium Bisglycinate 556mg.
5) Rehatkan mata tanpa skrin
Tukar tabiat menghadap skrin telefon dengan membaca buku atau lakukan regangan ringan. “Telefon pintar sering membuat kita rasa seolah-olah sedang berehat, padahal media sosial sebenarnya menambah stres melalui perbandingan berterusan di alam maya,” kata Ng.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ligat-berlakon-cecah-25-tahun-mia-sara-ikut-jejak-langkah-bapa-dato-afdlin-shauki/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Oh, Ini Rupanya Rahsia Kulit Licin & Bersih FARAH ANN!

Procter & Gamble melancarkan Gillette Venus, jenama pencukur nombor 1 khusus untuk wanita, serta memperkenalkan pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Tea di Malaysia. Pada majlis pelancaran tersebut, Gillette Venus turut mengumumkan duta jenama pertamanya di tanah air, Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.
Rangkaian produk ini direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak berbulu lebih lama dalam keselesaan rumah. Gillette Venus ComfortGlide White Tea direka dengan bar pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur.
Di samping itu, ia dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada untuk kulit yang sensitif. Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik, sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangan semasa bermandi, iaitu masa biasanya wanita bercukur.

“Gillette Venus memahami kepentingan kulit yang licin untuk berasa selesa. Rutin penjagaan peribadi bagi kaum wanita biasanya lebih panjang, rumit dan mahal. Menyedari cabaran ini, Gillette Venus’ melancarkan rangkaian produk termasuk Gillette Venus ComfortGlide White Tea sebagai penyelesaian bagi kaum wanita moden demi membantu mereka mencapai kulit yang licin secara mudah, tidak sakit, dan mampu dimiliki,” kata Utkarsh Mohan, Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura, Pasaran Perkembangan Asia dan Vietnam.
Gillette Venus merungkai beberapa anggapan lazim bersama sekumpulan panel mengenai pembuangan bulu di kalangan wanita di seluruh dunia.
Berkongsi pendapatnya dalam perbincangan panel, duta jenama Farah Ann berkata bahawa penjagaan penampilan dari atas hingga bawah sangat penting baginya sebagai gimnas negara. Menurut Farah, beliau mengikuti rejim penjagaan kulit yang ketat. “Saya tidak perlu bimbang dengan adanya Gillette Venus, kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur wanita tidak kasar untuk kulit, malah meninggalkan kulit saya licin dan lembab. Paling penting, kini cukuran saya tidak lagi rumit.”
Rangkaian produk Gillette Venus kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Guardian dan sebagainya. Anda dapat memperoleh maklumat lanjut di peruncit-peruncit tersebut. Segala keputusan mengenai harga, promosi, pengedaran, kepelbagaian serta penyusunan produk terpulang kepada pihak peruncit untuk menentukannya. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Sempat Ganti Puasa? Ini Caranya Bayar Fidyah Secara Online

Bulan Ramadan bakal menjelang. Ramai yang bertanya tentang bayaran fidyah terutama dari kalangan ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan orang tua yang uzur. Kebanyakannya belum sempat menggantikan puasa atau tiada kemampuan melaksanakan ibadah tersebut.
Sebahagian kecil orang Islam terlalu menyulitkan diri mereka sendiri, padahal prinsip Islam adalah mudah, tidak menyusahkan. Umpamanya menjadikan PKP sebagai alasan tidak membayar fidyah. Di Selangor, terdapat dua kaedah pembayaran fidyah iaitu melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS).
Pada masa PKP ini, bayaran fidyah boleh dibuat secara online.
Tapi sebelum itu, ikuti soal jawab di antara Nona & Pengarah Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Indera Shahril Mohd Shahid ini berkaitan fidyah secara ringkas.

HUTANG DENGAN ALLAH
Nona: Pengertian fidyah?
MAIS: Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
Nona: Apakah dalil pensyariatan fidyah?
MAIS: Daripada Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud:
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. Al-Baqarah: 184
Manakala hadis daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya. Riwayat al-Tirmizi
HUKUM FIDYAH
Nona: Apakah hukum membayar fidyah?
MAIS: Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Nona: Apakah sebab-sebab kita dikenakan fidyah?
MAIS: Terdapat beberapa sebab yang dibolehkan bagi meninggalkan puasa, antaranya…
(a) Meninggalkan puasa kerana tua
Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan kesihatan tubuh badannya.
(b) Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan.
(c) Meninggalkan puasa kerana hamil
Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
(d) Meninggalkan puasa kerana menyusukan anak
Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
(e) Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada’ puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan (qada’) puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
(f) Melambatkan ganti puasa (qada’)
Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
(g) Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
BAYARAN FIDYAH

Nona: Bagaimana kiraan fidyah dibuat?
MAIS: Kiraan fidyah dihitung dari berapa banyak hari puasa Ramadan yang ditinggalkan. 1 hari bersamaan 1 cupak. Contohnya; (hari yang ditinggalkan) X (1 cupak) = FIDYAH
Nona: Jadi, berapa kadar fidyah?
MAIS: Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak 1 cupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sehingga tahun 2019, iaitu secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 1.80.
Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan.
Nona: Bagaimana membuat bayaran fidyah secara online?
MAIS: Di Selangor terdapat dua kaedah pembayaran fidyah iaitu melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS). Pada masa PKP ini, bayaran boleh dibuat secara atas talian iaitu:
1. Majlis Agama Islam Selangor
Kedua-dua bayaran ini sama ada melalui MAIS atau LZS MAIS akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Harta Baitulmal sebelum diagihkan kepada fakir miskin.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita melunaskan hutang kita dengan Allah Ta’ala.
Ramadan Kareem, Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


