Kagum komitmen pemain tenis, Elina Svitolina terhadap kerjaya. Mana tidaknya, baru enam bulan bersalin anak sulung dia dikhabarkan sudah kembali aktif ke gelanggang dan menyertai kejohanan dunia.
Lebih mengagumkan, penampilan pemain tenis profesional kelahiran Ukraine ini meraih pujian peminat sukan apabila dia kembali langsing selepas melahirkan anak.
Melihat susuk tubuh Elina, pasti ada yang tak percaya jaguh sukan ini sudah pun bergelar ibu. Sebagai atlet pastinya dia lebih memahami cara untuk menurunkan berat badan dan kekal berstamina.
Elina selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Skai Monflis pada Oktober 2022 hasil perkahwinannya bersama Gael Monfils yang juga pemain tenis profesional kelahiran Perancis.
Ads
Wanita ini juga mendedahkan suaminya melakukan tugas mengurus anak mereka apabila dia menyertai kejohanan. Ini selepas Gael mengalami kecederaan kaki ketika Canadian Open dan direhatkan selama tujuh bulan.
Kemunculan Elina bukan hanya dinanti-nantikan bahkan pada 11 Julai lepas dia berjaya menewaskan pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek dalam misi memburu kemenangan Wimbledon.
Memetik kenyataan Elina dalam portal Inquirer Sports, perjuangannya di gelanggang kali ini membawa maksud lebih besar untuk anak tersayang dan juga negara tercinta, Ukraine yang dilanda perang dengan Rusia sejak Februari 2022 hingga sekarang.
Dia sebelum ini pernah menduduki ranking ketiga kini berada di tangga ke-76 selepas berehat untuk berkahwin dan hamil.
Satu KEKASIH cukup ke? Itu tagline yang dibawa empat beradik yang cukup riuh dan kecoh setiap kali megadakan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok.
Pekat bertutur dalam loghat utara, empat beradik ini saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam perniagaan.
Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.
Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.
“Dari segi harga pula, satu pek RM19 dwj paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100,” katanya.
Berkongsi lanjut, Tila yang juga pelakon berkata, dia dan adik beradik bersyukur apabila jenama KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak.
Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.
“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun.
Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH. Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.
“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam,” katanya.
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Team NONA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Di kebanyakan tempat, wanita yang memiliki kening bercantum atau unibrow sering ‘memisahkan’ kening mereka agar dilihat normal. Tapi berbeza bagi model dari Cyprus, Sophia Hadjipanteli, dia cukup berbangga dengan keunikan itu malah kening menjadi tarikan utama yang membuka laluan rezekinya.
Berusia 24 tahun, Sophia Hadjipanteli merupakan seorang penuntut jurusan Pemasaran di Universiti Maryland di Amerika Syarikat. Selain melanjutkan pengajian, gadis bijak ini berpindah ke sana bagi mengembangkan karier modelling yang menjadi minat utama.
“Saya lahir dalam keluarga yang mempunyai kening tebal dan berbangga dengan kecantikan warisan ini.” – Sophia Hadjipanteli
Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu juga turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Mungkin rupa paras saya tak menepati cita rasa semua. Mungkin ia berbeza tapi itu bukanlah masalahnya. Saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum adalah diri saya dan saya mahu mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, itu bukanlah sesuatu yang sihat,” ujar Sophia yang aktif memperjuangkan keunikan dirinya sebagai satu identiti.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya!
Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya Didie Alias bakal menerima seorang lagi menantu. Ini selepas anak perempuan kesayangan iaitu Nur Dayini Ahza selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan, Tholhah Othman pada 7 Februari lepas.