Sejujurnya ramai yang meluahkan rasa kagum melihat semangat luar biasa Elyana dalam mengharungi kanser limfoma yang dialami. Meskipun berdepan kesakitan yang teramat sangat namun penyanyi ini sering tampil positif dan ceria di hadapan khalayak. Tidak dinafikan ada suara nakal yang mengatakan dia sengaja mereka-reka cerita mengenai penyakit yang dihidap namun Elyana dalam satu program temubual menjelaskan perkara tersebut bukan satu hal yang boleh dibuat main atau dipersenda.
Memetik kenyataan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, keadaan kesihatannya hari ini semakin merosot dan membuatkan dia cepat berasa penat. “Terus terang saya katakan di depan kamera saya akan nampak ok, macam ni. Saya takkan tunjuk yang saya sakit sekalipun sampai bila-bila. Saya takkan tipu sakit. Ia bukan benda main-main. Apa pun orang kata, saya minta maaf awal-awal, saya takkan tunjuk yang saya sakit.”
Ujar Elyana lagi, “Saya seorang penghibur jadi saya nak hiburkan orang. Saya tak nak simpati. Yang saya perlu ialah doa anda. Itu saja. Di belakang kamera, saya memang struggle sangat. Macam pesakit kanser lain juga… saya sakit sepanjang masa.
Waktu ini memang kanser saya berada di tahap agak kritikal tapi saya cuba teruskan hidup dengan positif dan buat macam biasa. Saya positifkan diri dan kalau doktor kata saya perlu jalani kimoterapi lagi, saya akan buat. Di rumah sekarang ini pun, saya tak banyak pergerakan sangat sebab saya cepat penat.”
Biarpun cuba menyembunyikan perasaan sebenar, air mata Elyana tak mampu lagi dibendung dan akhirnya gugur. Meniti usia 34 tahun, Elyana yang sudah 21 tahun bertapak dalam industri muzik disifatkan seorang pejuang kanser yang kuat! Mengimbas kembali detik awal dia menghidap kanser, Elyana berkata dunianya waktu itu gelap dan bagai hilang arah.
Ads
“Awal dulu memang ada simptom kanser. Saya batuk setiap hari, sakit kepala dan ada benjolan di leher yang makin membesar. Keluarga saya tak ada sejarah kanser sebab itu pada awalnya saya anggap ia sekadar migran. Lama-kelamaan, saya sendiri terdetik ia bukan penyakit biasa-biasa dan pergi ke hospital. Doktor buat biopsi dan barulah saya tahu saya hidap kanser limfoma stage dua.
Di samping suami tercintaKeluarga ElyanaBersama kedua-dua ibu bapa
Dunia saya waktu itu gelap. Hanya Allah yang tahu perasaan saya dan tiada ucapan yang keluar dari mulut saya. Rasa macam dunia saya hancur. Sebelum kahwin memang saya nak sangat ada anak. Bila dapat anak, tiba-tiba sakit. Jadi kesan ubat kimoterapi buatkan saya tak boleh peluk anak dan berada dekat dengan dia. Hidup saya berubah 100 peratus.
Ads
Masa buat kimoterapi hari pertama, saya rasa ok lagi. Masuk hari kedua dah mula sakit dan hari ketiga, nak telan air liur pun tak boleh. Selama empat tahun, saya rasa down yang teramat sangat. Saya duduk di rumah je sebab saya tak tahu siapa yang boleh bagi saya semangat. Saya rasa kosong.”
Pernah popular menerusi lagi hit ‘Tak Tercapai Akalmu’, Elyana akhirnya bangkit daripada kesedihan dan terpanggil untuk memberi kata-kata semangat kepada insan yang mengalami nasib serupa. Jelas Elyana, salah satu cara yang membuatkan dia mahu berjuang dan terus ceria menempuh dugaan hidup ini adalah dengan cara menggembirakan orang lain.
Ads
“Bila kita down, kita perlukan semangat dan support each other. Setiap hari saya mahu beri semangat untuk orang lain. Bila kita bagi orang positif, saya percaya ia akan patah balik kepada saya. Jadi, dari sekarang saya mahu terus bagi semangat kepada orang dan dalam masa sama buatkan saya happy setiap hari.
Yang menggembirakan saya dan buat saya ceria adalah apabila saya menggembirakan orang lain. Sebab itu juga saya ambil anak angkat. Anak ini dalam kesusahan. Bila saya buat kebaikan untuk dia, belikan baju contohnya… saya rasa happy. Kalau dapat gembirakan keluarga, saya rasa macam tak ada apa lagi saya perlukan dalam hidup.”
Begitu tabah dan kuatnya semangat Elyana! Kekuatan yang ada dalam dirinya patut dijadikan inspirasi buat seluruh wanita, khususnya pesakit kanser. Moga Elyana dapat terus menikmati hidup dengan gembira dan diberi kesembuhan segera.
Kredit foto: Instagram Elyana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masjidil Haram adalah satu di antara 3 destinasi yang sangat dituntut untuk dikunjungi oleh umat Islam selain Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
Sebagai seorang yang beragama Islam pasti menyimpan hasrat dan cita-cita agar suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki dan bersolat di Masjidil Haram. Bagi mereka yang sudah sampai ke masjid ini pula pasti mempunyai perasaan untuk datang berkunjung lagi dan lagi.
Bagi menyemarakkan lagi rasa rindu untuk bersolat di Masjidil Haram, kita mempunyai alternatif dengan berkunjung ke Masjid Razaleigh yang merupakan ikonik terbaharu di Gua Musang, Kelantan.
Berkeluasan 70,000 kaki persegi, Masjid Razaleigh ini direka dengan rekaan unik dan menarik menggunakan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin dibina di atas tapak seluas 1.5 hektar.
Mula dibina pada akhir 2016, Masjid Razaleigh telah diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ini mampu menampung sehingga 3,500 jemaah pada setiap masa dengan dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah mirip Masjidil Haram.
Kerja-kerja akhir pembinaan masjid sejak tiga tahun lepas yang menelan belanja RM28 juta masih berjalan dan bakal siap hujung tahun ini ataupun tahun hadapan.
“Masjid Razaleigh adalah yang termoden di negara ini dan belum ada dibina di tempat lain. Ia bercirikan Masjidil Haram di Makkah termasuk disediakan ruangan belajar tawaf bagi bakal haji mengikuti kursus secara sebelum ke Makkah,” kata Tengku Razaleigh.
Tambah Tengku Razaleigh, beliau sendiri mengeluarkan idea untuk membina masjid baharu termoden dan tercanggih itu supaya dapat memberi keselesaan bukan sahaja kepada jemaah daripada penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar.
“Kita sentiasa pantau pembinaan masjid ini supaya ia dapat disiapkan ikut jadual dan mempunyai seni bina menarik seperti yang kita lihat Masjidil Haram di Makkah.
“Masjid yang terletak ditapak Balai Polis lama di bandar lama, disini, bila dibuka nanti ia akan menjadi mercu tanda baharu bagi mengantikan masjid lama kerana kerap tenggelami banjir,” kata Tengku Razaleigh.
Elfira Loy mencetus fenomena pada awal tahun ini apabila mengadakan majlis perkahwinan sebanyak lima kali dengan suami tercinta. Tampil berbeza di setiap majlis nyata kejelitaan Elfiran tetap terserlah di kesemua majlis persandingannya.
Berita gembira yang dikongsi oleh Elfira semalam telah menjawab teka-teki yang mengatakan dirinya sudah mengandung. Di majlis hebahan media Elfira Loy bersama jenama fesyen MC Vogue, Elfira mengesahkan bahawa dirinya sudah mengandungkan anak pertamanya.
Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.
“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.
Saya sudah melepasi trimester pertama (1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,” katanya.
Elfira turut menambah bakal memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini. Namun rupanya Elfira telah mengagahkan dirinya untuk meneruskan karier seni ketika di awal usia kandungannya.
“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,” jelasnya lagi.
Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lau selepas tidak sampai setahun berkenalan.
Melalui kerjasama Elfira bersama MC Vogue pula pelanggan bakal menikmati empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri. Kerjasama ini melambangkan sentuhan feminin dan elegan pada masa sama yang sering menjadi pilihan Elfira.
Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini sekali gus menyebabkan pelajar sekolah diarahkan untuk menjalani sesi pembelajaran di rumah kecuali pelajar yang terlibat SPM dan STPM. Bila tiba hari persekolahan ramai pelajar sekolah yang tidak dapat menjalani sesi persekolahan kerana tidak mempunyai fasiliti yang diperlukan.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Tak sanggup melihat kanak-kanak tercicir pembelajaran, usahawan muda ini terpanggil untuk menyumbang tablet kepada pelajar sekolah yang memerlukan. “Melihat situasi pelajar sekolah yang terpaksa belajar secara online tetapi ibu bapa tak mampu untuk mengadakan keperluan tersebut membuatkan saya dan team terdetik untuk menyumbang tablet kepada mereka.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Kami dapat mengumpul dana sebanyak RM30 ribu dan dapat membeli 86 buah tablet. Hari Khamis lepas kami mula mengedarkan tablet tersebut. Penangan belajar online ini meyebabkan tablet habis stok dan kami terpaksa tunggu dan selesaikan dana ini sebelum mengutip dana lain bagi tujuan yang sama,” tutur Noor Inora Putri Noorzainy atau mesra di sapa Nora ini.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Wanita ini telah memberi sinar bahagia kepada pelajar golongan asnaf Sekolah Kebangsaan Setia Alam kerana telah menyumbang 52 buah tablet. Selain itu, Nora sempat menyampaikan 10 buah tablet kepada pelajar pendidikan khas yang juga perlu meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato Harun.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Rupanya wanita yang berusia 31 tahun ini aktif menghulurkan bantuan di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskannya. “Sebelum ini memang daripada PKP 1.0 lagi ada buat bantuan untuk golongan asnaf. Saya mempunyai NGO sendiri yang berdaftar di bawah NSNC Kindness. Saya dah biasa mengutip dana terutamanya di kalangan follower saya. Bila mereka menyumbang dan disebarkan sesama mereka, kami dapat mengumpul jumlah tertentu dan kami akan agihkan wang sumbangan tersebut.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Masa PKP 1.0, saya mempunyai team daripada negeri lain seperti Pahang, Kelantan, Terengganu dan Melaka yang terdiri dari follower saya yang tahu keadaan di negeri masing-masing. Kami agihkan duit dan mereka akan memberikan barangan keperluan asas seperti beras, barang dapur dan sebagainya buat mereka yang memerlukan,” jelas ibu kepada dua orang anak ini.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
“Namun, saya tak mampu untuk buat semua ini seorang. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai follower yang ramai serta menyokong dan membantu tanpa belah bagi. Saya harap team kami boleh membantu lebih ramai orang lagi di masa depan,” tutur Nora sambil tersenyum.
Bercerita tentang cabaran bisnes yang ditempuhnya sepanjang tahun akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini, “Alhamdulillah, saya menjual produk bayi dan sehingga kini, sejak PKP 1.0 perniagaan tak terkesan dengan teruk. Saya masih boleh bertahan mungkin sebab produk tersebut adalah barang keperluan yang diguna setiap hari.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri NoorzainyFoto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Dalam masa yang sama saya mengembangkan bisnes makanan. Alhamdulillah, seperti mana yang kita tahu bisnes makanan tak terjejas malah semakin diperlukan di musim PKP ini,” ujar pemilik Audelia Naturals, SincerelybyUs Shawls, Tudung Daily, Sambal Asyik Ikan Talang dan LaMbekk Marinated Lamb Slices ini.
Foto: Koleksi Peribadi Noor Inora Putri Noorzainy
Ketika ditanya pandangannya tentang orang mengamalkan rasuah, “Bagi pendapat saya, amalan rasuah ini melibatkan dua pihak, penerima rasuah dan yang menghulurkan rasuah. Pada saya penerima rasuah ini boleh mengugat integriti seorang pekerja sebab kita nak bina kerjaya. Sepatutnya kita menunjukkan contoh kepada masyarakat dan pegawai yang lain. Sebab tugas kita sendiri adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebaiknya,” ulas Nora.
Tak sangka, Yang Mulia (YM) Tengku Ameera Asya berbakat besar dalam dunia seni nyanyian! Kalau sebelum ini puteri diraja Pahang berkenaan hanya tunjuk bakat nyanyi dalam kalangan ahli keluarga, tetapi kini dia terbuka menonjolkan bakat yang ....