Selalunya bila lihat pasangan kembar seiras, pastinya kita turut merasa teruja apabila pasangan kembar ini menggayakan pakaian yang sama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Begitulah juga yang dialami oleh pasangan kembar duo Aishahanim apabila dari kecil mereka sering memakai pakaian dan aksesori sedondon. Malah, perkara inj terbawa sehingga mereka dewasa. Meski pun kini masing-masing sudah berusia 43 tahun.
Lebih menarik lagi, pasangan kembar ini tidak hanya berkongsi gaya fesyen senada. Tetapi apabila salah seorang mengalami masalah kulit. Mereka turut berkongsi produk rawatan kulit wajah (Skincare) yang sama!
Seronok Bila Ada ‘Cermin’ Diri Sendiri Semua Benda Buat Bersama!
Hijabista sempat menemubual pasangan kembar ini dan bertanyakan apakah tip mereka ketika berhadapan masalah kulit breakout ini respon Aishahanim.
Ads
“Biasa lah, kita manusia biasa dan wanita pula tu, ada masa naik jerawat dan kadang water detention atau bloated.
“Kalau ini berlaku, Aisha dan Hanim akan dapatkan tidur yang cukup, atau kami akan minum kopi hitam untuk atasi masalah ini.
Ketika ditanya adakah minum kopi akan membuatkan mereka mengalami kesukaran untuk tidur kerana, umum sedia maklum di dalam seuncang kopi mengandungi kafein yang tinggi dan membuatkan seseorang mudah untuk berjaga malam.
“Walaupun ada yang kata, kalau minum kopi ni akan jadi susah untuk tidur sebab ada kandungan kafein yang tinggi. Tapi alhamdulillah, kami tidak mengalami masalah itu, kami tidur lagi lena.
Ads
Kami Bukan Setakat Kongsi Baju, Skincare Too!
Mengulas lanjut berkenaan bagaimana menghadapi masalah kulit breakout, Hanim berkata dia dan Aisha lazimnya akan berkongsi skincare yang sama bagi mengatasi masalah ini.
“Kalau macam Hanim hari tu bila balik dari overseas, ada alami breakout sikit, jadi Aisha dengan Hanim akan kongsi produk kecantikkan atau skincare yang baik untuk kulit dan bila pakai tu alhamdulillah okay.
Ads
Jelasnya lagi, masalah breakout yang dialami oleh mereka selalunya tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk ditangani jika menggunakan skincare yang tepat.
“Selalunya masalah tu tak lama la, lagi satu tip dia, kita duduk la rumah jangan la keluar, tiada orang tau kita ada masalah kulit,” seloroh Aisha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Teruja melihat kepetahan Ramona Zamzam bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan lancar. Patutlah Finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini mampu bertutur bahasa Mandarin kerana belajar di sekolah aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina [SJK(C)]. Itulah kelebihan belajar di sekolah aliran tersebut kerana boleh menguasai bahasa cina dengan baik.
Wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini memang sejak dari dahulu peramah dan mudah didekati. Bukan itu sahaja malah isteri kepada Rami Alashkar ini komited menjaga kesihatan dan kecantikannya.
Mungkin ini yang menjadikan wanita yang mempunyai nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini nampak muda daripada usia sebenar. Wanita yang berusia 31 tahun ini juga akui gelaran sebagai ibu membuatkan dirinya bagai tak cukup masa.
“Sebenarnya saya tak ada sebarang rahsia kecantikan. Namun, bab jaga kecantikan saya memang rajin menjaga kecantikan daripada skin care, body care dan hair care. Tak boleh tahan jika diri itu rasa comot.
Saya rajin pergi pusat kecantikan macam untuk facial extraction, penjagaan seperti itu sangat penting sebenarnya. Mungkin sebelum kahwin macam tak terasa sangat tapi lepas ada anak kena usaha lebih sikit menjaga kecantikan,” ujar ibu kepada seorang anak perempuan ini.
Tambahnya, “Saya rasa effort untuk seorang ibu nak kena rajin tu memang subjektif, walau bagaimana kita kena try jugak. Tapi tengok keadaan, ada jenis orang yang tak cukup masa ada jenis yang terlalu hectic.
Saya sendiri yang mempunyai jadual kerja agak hectic tapi dalam masa yang sama saya cuba juga untuk meluangkan masa untuk me time. Dari segi saya punya me time tu yang saya guna untuk buat rutin kecantikan yang boleh. Saya buat yang ringkas seperti hair treatment dan sebagainya.
Tapi dalam semua tu main thing untuk jaga kecantikan lagi-lagi bila umur dah masuk 30 tahun semestinya senaman. Saya memang tak banyak buat benda lain lagi-lagi dalam keadaan kita kena lockdown saya cuba maintain dari segi bersukan. Saya tak lah pergi naik basikal dan nak pergi gym pun tak boleh.
Apa yang saya buat, banyak buat senaman kelass secara online seperti yoga. Asalkan dalam seminggu tiga atau empat kali sahaja akan work out itu pun kira okay sangat dah tu.
Kalau ikutkan time shooting lagi tak ada masa tapi saya cuba. Bila dah ada anak dia kena ada extra effort dia susah nak cari masa tu tapi kalau kita nak mesti kita boleh cari juga masa tu,” kata Ramona yang berketurunan Thailand di sebelah ibu dan Pakistan di sebelah bapanya.
Foto: Facebook Ramona Zamzam
Rezeki Ramona juga sekarang mencurah-curah dan kini begitu sibuk dengan jadual seninya. Selesai drama Love Elsa yang telah disiarkan di Mega Drama Astro Ria wanita cantik ini tengah tunggu masa nak masuk set baru untuk drama 28 episod.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda terfikir bahawa selama ini telah mencuci rambut dengan cara yang salah? Ada yang mencuci rambut secara keterlaluan dan tidak kurang juga merasakan seperti ada kekurangan ketika mencuci rambut.
Jawapan bagi dilema yang menghantui diri anda sebenarnya adalah bergantung kepada jenis rambut individu. Perbezaan jenis rambut memerlukan penjagaan yang berbeza.
Rambut nipis/halus
Bagi mereka yang memiliki rambut halus atau nipis cenderung menyerap lebih minyak berbanding dengan rambut jenis lain. Ini bermakna pemilik rambut nipis cepat berminyak dan perlu mencuci rambut lebih kerap. Jika berkesempatan, cuci rambut setiap hari terutama apabila kerap bersenam.
Jika masa menjadi kekangan untuk bersyampu setiap hari, cuba syampu rambut dua kali sehari dengan menggunakan syampu untuk rambut kering. Syampu jenis ini merupakan alternatif terbaik untuk menyerap segala lebihan minyak dalam rambut serta kulit kepala.
Rambut medium
Pemilik rambut medium ini berada di antara jenis rambut nipis dan rambut lebat. Anda boleh mencuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut jenis ini tidak menyerap minyak seperti rambut halus juga tidak menyembunyikan minyak seperti rambut jenis tebal. Sebaik-baiknya jangan mencuci rambut setiap hari untuk mengekalkan rambut yang sihat dan cantik.
Rambut lebat
Bagi pemilik rambut tebal atau kerinting lebat bersyampu bukan suatu masalah buat mereka. Ini kerana setiap helai rambut jenis ini berupaya untuk mengelak minyak berkumpul dan mengambil lebih banyak masa untuk memerangkap minyak di dalam rambut. Bersyampu sekali seminggu sudah memadai buat pemilik rambut lebat.
Rambut natural
Jika anda mempunyai rambut jenis ini bermakna tidak perlu bersyampu. Sebaliknya boleh adaptasi dengan kaedah co-wash. Kaedah ini adalah menggantikan peranan syampu kepada perapi rambut sahaja. Syampu akan membuat helaian rambut menjadi cepat kering manakala perapi rambut berfungsi untuk membersihkan rambut tanpa mengeringkannya.
Terdapat juga beberapa jenis syampu yang direka khusus buat mereka yang memiliki rambut jenis natural ini. Syampu jenis ini membersihkan sambil melembapkan rambut dan dalam masa yang sama tidak mengeringkannya.
Rambut berwarna
Rambut yang diwarnakan dengan bahan kimia akan membuat rambut lebih rapuh terutama di bahagian akar rambut. Terlalu kerap mencuci rambut tidak hanya membuat warna rambut cepat pudar malah merosakkan bahagian folikel rambut. Pemilik rambut berwarna ini disarankan untuk mencuci rambut paling tidak dua kali seminggu agar tidak menambah kerosakan rambut anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bibir kering memang selalu berlaku, lebih-lebih lagi pada cuaca panas. Puas dibasahkan bibir dengan air liur namun masih kering. Rupa-rupanya banyak kesalahan yang kita buat untuk menjadikan bibir lembab dan mungil.
Sebelum mencuci wajah, sapukan pelembap bibir. Bahan pencuci yang digunakan boleh bertindak menjadikan kulit bibir kering dan kehilangan PH serta menyebabkan kulit bibir berkeluping.
Gunakan minyak badam kerana ia mengandungi vitamin A dan E untuk memberikan kesan kelembapan yang lebih semula jadi pada bibir.
Jika kulit bibir anda merekah, hiris tipis timun dan letakkan pada bibir selama lima minit, mungkin ketika anda sedang menonton televisyen atau membaca buku kegemaran anda.
Eksfoliasi sangat penting dan berkesan untuk menjadikan bibir lebih lembap dan mungil.
Jangan biasakan menjilat bibir terlalu kerap kerana air liur boleh menyebabkan bibir menjadi kering.
Bernafas dengan hidung. Ada kalanya, pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan bibir anda kering.
Jangan cabut kulit kering! Sapukan saja pelembap ya.
Jadikan gincu bibir dengan pelembap bervitamin E, minyak macadamia dan sheabutter sebagai teman baik anda. Lupakan seketika gincu matte anda ya!
Ubat gigi dengan perisa sintetik boleh mengakibatkan reaksi alergik, menjadikan bibir anda berkuping.
Skip minuman dari jus oren seketika jika bibir anda mengalami kekeringan melampau dan berkuping.
Sapukan aloe vera pada bibir. Ia membantu melegakan kesakitan dan menyembuhkan luka kecil akibat dari kekeringan.
Trik paling terkenal untuk bibir kering adalah dengan menggunakan jeli petroleum.
Kenal pasti jika balm bibir beraroma membuatkan kulit bibir anda sensitif. Jika ya, tukar yang lain!
Ucapkan selamat tinggal kepada makanan pedas. Ya, makanan pedas antara penyumbang kepada masalah bibir kering!
Menikmati hidangan bergaram memang sedap tetapi ia bukan yang terbaik untuk penjagaan bibir. ‘Berpuasa’ garam seketika kan boleh menjamin kesihatan tubuh?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!