Bila menatap wajah aktres jelita, Kate Winslet ini pasti terimbau lakonannya sebagai Rose dalam filem epik popular era 90an, Titanic. Kini aktres senior dengan nama sebenarnya, Kate Elizabeth Winslet masih lagi ligat di pentas lakonan antaranya membintangi filem Avatar 2 dan The French Dispatch.

IKLAN

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunTiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunDilahirkan pada 5 Oktober 1975, Kate Winslet kini berusia 45 tahun dan ibu kepada empat cahaya mata. Pun begitu, pesonanya masih terserlah. Seperti mana wanita lain yang sudah berusia Kate Winslet cukup prihatin dengan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan terutama dalaman.

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunTiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunKate Winslet dianggap bertuah kerana dia sememangnya sudah pun memiliki kecantikan asli yang tersendiri. Dengan hanya menggunakan cara penjagaan paling sederhana pun sudah memadai untuk Kate Winslet kekal sihat dan awet muda.

SIHAT CARA KATE WINSLET
Menjadi vegetarian dan mengamalkan green juice atau smoothie yang diperbuat daripada buah-buahan atau sayuran hijau seperti bayam, kale dan timun. Selain itu apa jua makanan yang diambil, Kate Winslet akan pastikan ianya berasaskan sayuran sebagai salah satu cara untuk detoks. 

Menjaga kesihatan dirinya dengan melakukan aktiviti berlari secara rutin agar kulit kekal sihat.

Untuk kekal langsing Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Dia turut menasihatkan golongan wanita agar mencintai tubuh masing-masing walau bagaimana pun keadaannya.

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunMengamalkan minum air putih yang banyak. Penting baginya untuk menjaga kulit di usia 40an kerana air adalah kunci utama agar kulit kekal lembap dari dalam seterusnya mencegah dehidrasi. Kate Winslet juga percaya kulit yang lembap adalah rahsia untuk kelihatan awet muda.

Seterusnya, Kate Winslet sentiasa menjaga kualiti tidur agar penampilan dirinya sentiasa segar dan cergas terutama ketika berada di khalayak ramai.

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunCANTIK CARA KATE WINSLET
Tidak menggunakan terlalu banyak produk berasaskan bahan kimia khususnya pada kulit. Apatah lagi, Kate Winslet mengamalkan air putih sebagai medium penjagaan utama untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

IKLAN

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunTiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunKate Winslet turut memaksimumkan perawatan di malam hari. Rutinnya, membersihkan solekan dengan makeup remover dan pencuci wajah seterusnya menggunakan penyegar dan serum bagi melembapkan dan memberi nutrisi optimum pada kulit. Jika ada masa terluang Kate Winslet akan melakukan facial treatment bagi mengekalkan keanjalan kulit.

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunKate Winslet turut mengamalkan diet khusus untuk wajah secara konsisten iaitu dengan meminum segelas jus limau yang dicampurkan dengan lemon, kiwi dan raspberry.

Untuk solekan pula, Kate Winslet lebih selesa tampil dengan solekan yang sederhana dan natural. Percaya atau tidak, Kate Winslet hanya memerlukan masa kira-kira lima minit saja untuk berdandan!

IKLAN

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunSetiap kali ada acara-acara tertentu Kate Winslet sebolehnya berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja. Dengan tambahan maskara bagi memastikan bulu matanya kekal lentik sepanjang hari.

Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunTERBUKA MENERIMA PROSES PENUAAN
Selain mengamalkan rutin penjagaan yang teratur, Kate Winslet juga seorang yang terbuka dengan proses penuaan. Baginya ia satu proses semula jadi yang semua orang akan alami.

Tiru Cara KATE WINSLET Jaga Kecantikan & Kesihatan, Tetap MENAWAN Dalam Usia 45 TahunKate Winslet berpendapat, tidak perlu takut dengan garis-garis halus mahupun kedutan yang mulai muncul di sekitar mata serta wajah kerana ia satu proses natural yang tak boleh dielakkan namun boleh dilambatkan melalui rutin penjagaan yang betul.

Kredit: Instagram @kate.winslet.official

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI