
Penghinaan terhadap wanita ketika zaman jahiliah terbela setelah kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jika bayi yang baru dilahirkan adalah perempuan, sudah pasti bayi tersebut akan ditanam hidup-hidup oleh golongan jahiliah.

Namun, di dalam Islam wanita sangat dimuliakan kerana memang wanita seorang insan yang istimewa dan unik. Di dalam Al-Quran sendiri banyak menceritakan tentang hukum yang dikhususkan untuk wanita. Kasih sayang Allah SWT melimpah ruah sehingga terdapat satu surah yang menjurus hanya kepada wanita iaitu Surah An-Nisa.

Terdapat pelbagai persoalan dapat dirungkaikan melalui ayat-ayat di dalam Al-Quran seperti;
Sama dalam Asal Ciptaannya.
Ketika menciptakan manusia, Allah SWT sama sekali tidak membezakan asal ciptaan lelaki dan wanita. Wanita tidak pernah dijadikan nombor dua. Allah berfirman:
“Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah Menciptakan kamu dari diri yang satu, dan (Allah) Menciptakan pasangannya darinya.” (QS. An-Nisa’ 1)

Berhak mendapat warisan
Wanita berhak mendapat warisan sebagaimana lelaki. Allah SWT berfirman:
“Bagi orang lelaki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan.” (QS. An-Nisa’ [4]: 7)

Memberikan kemuliaan khusus ketika sudah menjadi seorang ibu
Islam memerintahkan agar berbuat baik kepada seorang ibu, dengan membantu, mengagungkan, mendoakan kebaikan, menjaga dari segala gangguan, dan anjuran bergaul sebaik mungkin kepadanya. Allah SWT berfirman:
“Dan Allah telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan mu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah diri mu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. al-Isra’ [17]: 23-24)

Lelaki dan wanita memiliki kemuliaan yang sama Lelaki dan wanita memiliki kemuliaan yang sama cuma yang membezakan adalah ketakwaan. Allah SWT berfirman:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al-Hujurat [49]: 13).

Hak wanita kepada harta pusaka
Berbicara tentang penerimaan harta pusaka, wanita juga berhak menerimanya sebagaimana, Allah SWT berfirman:
“Allah mensyariatkan bagi mu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta.” (QS. An Nisa’: 11).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Bagi para wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa, boleh jadikan kisah Mona Meija ini sebagai inspirasi.
Bergelar suri rumahtangga sepenuh masa memberi kelebihan kepada Mona Mejia untuk melakukan bisnes kecil-kecilannya itu sambil menjaga tiga cahaya mata. Niat asal hanya untuk membantu suami mencari ‘duit poket’ lebih. Apatah lagi, dia seorang yang tak boleh duduk diam, ada saja yang dilakukan demi menjana ekonomi keluarga.
Lebih membanggakan, ketika memulakan bisnes itu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang modal (dollar). Sebaliknya, kerajinan Mona Mejia mempromosikan pakaian terpakai yang ada di dalam almarinya telah membuahkan hasil yang luar biasa.
Dua tahun berikutnya dia sekali lagi diuji apabila suaminya tidak dapat bekerja selepas menjalani pembedahan jantung. Hilang punca pendapatan keluarga utama. Namun, Mona Mejia seorang isteri yang setia. Dia tidak meratap sebaliknya bekerja lebih keras dengan meningkatkan jualan dan mempelbagaikan item di platform lain. Jualan akhirnya mencecah ribuan ringgit dalam masa seminggu.
Melihat kesungguhan isteri, sang suami turut membantu dan menjadi tulang belakang utama. Hasil keuntungan yang luar bias aitu, mereka kini mampu memiliki rumah sendiri serta menanggung pengajian kolej anak-anak.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua wanita, tidak kiralah yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa atau bekerja. Apa yang penting minat dan usaha untuk sama-sama membantu menjana ekonomi keluarga. Percayalah, rezeki tak salah alamat.









