
Syukur alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga Ashraf Muslim. Baru-baru ini aktor tersebut berkongsi khabar gembira mengenai kehadiran cahaya mata baharu yang menyerikan lagi rumah tangga seisi keluarga.
Ashraf Muslim Timang Anak Ke-6

Menerusi perkongsian di media sosial, Ashraf memuat naik gambar dirinya di samping anak-anak tersayang sambil mendukung kemas zuriat baharunya yang merupakan bayi lelaki. Jelas Pengasas Maahad Tahfiz Al Hidayah ini, “Alhamdulillah, 19 September 2026 lahirlah seorang lagi permata hati kami, Affan Ashraf bin Mohd Ashraf.
Seronok tengok abang-abang dan kakak-kakak menyambut kehadiran adik baru. Satu lagi rezeki, satu lagi amanah dan satu lagi sebab untuk ayah terus kuat berusaha.”
Dalam keterujaan dan syukur menimang anak keenam, Ashraf Muslim bagaimana pun akui dia perlu menggalas amanah lebih besar dalam mendidik anugerah kurniaan Allah SWT ini dengan sebaik mungkin.

“Makin bertambah anak, makin ayah sedar besarnya tanggungjawab yang Allah pinjamkan. Mereka bukan sekadar kebahagiaan kita di dunia, tetapi amanah yang akan ditanya di akhirat nanti.
Ayah tak mampu menjanjikan kehidupan yang sempurna, tetapi ayah akan cuba sedaya-upaya memberikan yang terbaik. Semoga mama, ibu dan ayah diberi kekuatan untuk mendidik kalian, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.”
Pesanan Ashraf Muslim Buat Anak
Dalam pada itu, Ashraf Muslim turut menitipkan pesanan buat anak-anak. “Anak-anakku tak perlu jadi kaya atau terkenal untuk membahagiakan ayah. Cukuplah kalian menjadi insan yang mengenal Allah, menjaga solat, bersahabat dengan quran dan tidak pernah lupa mendoakan kami apabila suatu hari nanti kami sudah tiada.
View this post on Instagram

Ya Allah, jagalah anak-anak kami ketika kami tidak mampu menjaga mereka. Pimpinlah mereka ketika kami tidak lagi mampu membimbing mereka. Jadikanlah mereka penyejuk mata dan bekalan kami menuju syurgaMu.
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat ini. Tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah untuk segala-galanya.”
Ashraf Muslim berkahwin dengan Dr Dayana pada Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Anas Ashraf.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Wan Sakinah, pasangan ini mempunyai empat anak iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf, Safiyyah Ashraf dan Ali Ashraf.

sekarang!

