Terpikat dengan karisma yang dimiliki anak perempuan Perdana Menteri, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri ini. Mana tidaknya, bukan hanya disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja tetapi dia juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya.
Walau berstatus anak kepada menteri dan isteri pereka fesyen ternama negara, Datuk Jovian Mandagie namun Datin Nina bijak menyusun tutur kata dan cukup menyenangkan.
Sehingga ke hari ini pun keramahan Datin Nina ketika menjalani sesi fotografi Nona Edisi Platinum 3 Dekad pada tahun 2013 masih segar di ingatan. Dalam kelembutan tingkah laku dan bicara, Datin Nina juga sebenarnya seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan berjiwa penyayang.
Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Datuk Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.
Melalui temu bual Datin Nina bersama Nona, jelas mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.
Karakter anda?
Saya sangat sukakan kanak-kanak dan pernah menjadi sukarelawan untuk menjaga kanak-kanak ketika masih menuntut di University of Queensland, Australia. Rasa kagum terhadap perwatakan seorang puteri yang memiliki sikap penyayang dan cantik menyebabkan saya gemar berpenampilan anggun dan menawan persis seorang puteri.
Ads
Mantera fesyen? Oh, I love colorful and pastel fancy things! Saya gemar mengenakan gaya feminin dengan memakai gaun berbanding pants. Dalam bergaya tidak perlu mengenakan banyak aksesori kerana bagi saya, less is more.
Aktiviti di waktu senggang?
Membaca, memasak dan saya suka ‘Google’ bermacam-macam benda untuk tahu sesuatu perkara itu dengan lebih lanjut. Resipi masakan saya tentunya masakan tradisional seperti ayam masak merah dan sambal belacan. Tambahan pula, Jovian sangat sukakan masakan tersebut.
Sumber inspirasi anda dalam dunia fesyen.
Saya kagum dengan personaliti Olivia Palermo dan Kate Middleton yang kelihatan sangat bergaya dan classy.
Ads
Jenama kegemaran anda?
Untuk kasut, saya sukakan jenama Prada dan Salvatore Ferragamo. Bagi aksesori dan beg tangan pula, Chanel menjadi pilihan. Sementara busana, Jovian Mandagie.
Destinasi percutian idaman? Beach! Apabila bercuti di pantai atau pulau, saya tidak perlu bermekap atau mengusung gajet-gajet canggih. Cukup menenangkan! Destinasi percutian pilihan saya tentunya
di Vanuatu Island, Bali, Phuket, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.
Individu paling anda kagumi?
Tentunya kedua ibu bapa saya. Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan. Sementara sikap rendah diri dan penyayang mama dalam mendidik kami adik-beradik dan menjaga keluarga menjadi contoh terbaik yang wajar diteladani.
Ads
Tatkala ditanya impian beliau sekitar lapan tahun lepas, Datin Nina berkata beliau berhasrat untuk mengusahakan salun kecantikan rambut yang dikhaskan untuk golongan wanita berhijab.
Tidak hanya pekerja salun bahkan pelanggan juga terdiri daripada kaum wanita sahaja di samping menggunakan hanya produk organik yang mendapat pengiktirafan sijil halal.
Kini, selepas kira-kira lapan tahun berlalu.. kakak kepada penyanyi Dafi ini membuktikan impiannya bukan sekadar angan-angan kosong. Berkat kerja keras dan sokongan padu keluarga, Datin Nina berjaya mengusahakan salun yang diimpikan iaitu Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.
Menariknya, salun kecantikan Capello by Nona menawarkan Maji Fashion Telus Air iaitu servis warna rambut yang telus air dan berkualiti khusus buat wanita dengan seleksi pilihan warna menarik.
Selain menguruskan Capello by Nina, isteri Datuk Jovian ini juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata di media sosial, asyik isteri saja yang mengadu suami tak pandai menghargailah, tak romantiklah, tak pandai jaga hatilah. Tapi sebagai isteri, sempurnakah kita?
Pernah tak kita semak diri sendiri, sejauh mana suami kita bahagia dengan apa yang kita berikan? Ya, sebagai wanita, kita melahirkan zuriat, menjaga anak-anak, mendidik dan melakukan 1001 kerja di rumah. Tapi, ada juga suami yang turut menyumbangkan tenaga dan membantu isteri di rumah.
Sesekali, hadiahkanlah kebahagiaan istimewa buat cik abang. Tak semestinya wang ringgit.
Hormat
Dalam Islam pun di tegaskan wanita untuk menghormati suami kerana syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Janganlah asyik meninggi suara jika suami tak tolong di dapur.
Menghormati suami bukan hanya ungkapan di bibir tetapi dengan memberi kepercayaan, galakkan dan membina keyakinan suami.
Jadilah seorang pendengar, bukan pengkritik!
Apabila suami meluahkan perasaan, mungkin hal berkaitan pejabat, cubalah jadi pendengar yang baik. sesekali suarakan juga pendapat anda tapi janganlah berlebih. Takut hilang mood suami nak bercerita panjang.
Tunjukkan kuasa dibilik tidur
Biasanya suami akan mengusai hal di bilik tidur. Sesekali, apa kata anda tunjukkan pula ‘kuasa’ anda untuk menunjukkan anda mahukannya.
Ciuman
Berikan kejutan ciuman buat suami ketika sedang menonton televisyen atau ketika dia sedang membaca surat khabar. Bila sudah beranak-pinak, biasanya kemesraan begini jarang diberikan kepada suami.
Sokongan
Lagi banyak anda membebel, semakin rimas suami duduk di rumah. Jadilah isteri yang memahami. Berikan sokongan kepada suami dalam apa juga yang mereka lakukan agar mereka rasa dihargai.
Selit nota
Bila kali terakhir anda memberikan kata-kata manis buat suami? Kalau tak pernah, inilah masanya. Selitkan nota kecil dengan kata-kata penghargaan dan selitkan di dalam dompet suami.
Berikan ‘me time’ kepada suami
Suami juga perlukan ‘me time’. Jika dia suka memancing, berikan masa untuknya bersama teman-teman. Pastikan mereka memancing ikan dan bukan benda lain ya!
Haruman BOSS EDP
Minyak wangi adalah antara benda yang lelaki terutamanya para suami yang berkerjaya. Haruman BOSS Parfums dalam tonasi EDP membawakan satu persepsi hebat dalam motto: Be Your Own Man.
BOSS Bottled EDP ini merangkumkan haruman woody-spicy, epal dan bergamot serta sedikit esen lada hitam yang membangkitkan sensasi bau yang intense. Botol yang tampak eksklusif ini bergabung hebat dengan haruman yang dibawakan BOSS terbaharu.
Kejutan ini pasti memberi keceriaan pada si suami!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik, sama padan. Terpancar kebahagiaan dan seri Raja Sehari apabila pasangan mempelai Mizz Nina dan Essam Muhammad tampil berbusana serba putih dalam sebuah majlis resepsi tertutup malam tadi selepas hampir tiga bulan bernikah.
Menurut sumber Sinar Plus, penyanyi dan aktivis kemanusiaan ini mengadakan majlis resepsi tersebut di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.
Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.
Elfira Loy mencetus fenomena pada awal tahun ini apabila mengadakan majlis perkahwinan sebanyak lima kali dengan suami tercinta. Tampil berbeza di setiap majlis nyata kejelitaan Elfiran tetap terserlah di kesemua majlis persandingannya.
Berita gembira yang dikongsi oleh Elfira semalam telah menjawab teka-teki yang mengatakan dirinya sudah mengandung. Di majlis hebahan media Elfira Loy bersama jenama fesyen MC Vogue, Elfira mengesahkan bahawa dirinya sudah mengandungkan anak pertamanya.
Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.
“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.
Saya sudah melepasi trimester pertama (1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,” katanya.
Elfira turut menambah bakal memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini. Namun rupanya Elfira telah mengagahkan dirinya untuk meneruskan karier seni ketika di awal usia kandungannya.
“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,” jelasnya lagi.
Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lau selepas tidak sampai setahun berkenalan.
Melalui kerjasama Elfira bersama MC Vogue pula pelanggan bakal menikmati empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri. Kerjasama ini melambangkan sentuhan feminin dan elegan pada masa sama yang sering menjadi pilihan Elfira.
Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia yang melakar sejarah tersendiri dalam apa jua bidang sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Seperti mana Zul Hakim...