
Sekalung tahniah buat Dato’ Sri Eizlan Yusof atas kejayaan menggenggam Sarjana baru-baru ini. Meskipun perjalanan untuk menyambung pengajian di menara gading penuh cabaran berliku namun aktor ini berjaya membuktikan kemampuan diri.
Sekaligus menjadi teladan buat golongan selebriti dan masyarakat untuk menimba ilmu tidak kira usia mahupun pangkat.
Dato’ Sri Eizlan Genggam Sarjana

View this post on Instagram
Meniti usia 55 tahun, Dato’ Sri Eizlan berkongsi momen indah ketika majlis graduasi yang turut ditemani isteri tercinta iaitu Datin Sri Natasha Rosa.
Dalam Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia Ke-39 itu, Dato’ Sri Eizlan atau nama penuhnya Idris Md Yusof menerima Sarjana Sains (Kepujian).
Kongsinya, “Satu perjalanan yang sangat panjang mulanya 2015 dan berakhir 2026. Pelbagai dugaan dan cabaran yang mengajar aku erti kesabaran. Syukur Ya Allah atas keizinanMu buat segala usaha hambamu yang lemah ini.
Kepada 1st Supervisor Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, 2nd Supervisor dan seluruh tenaga pengajar UUM.

Terima kasih atas kasih sayang dan dorongan yang telah menjadikan diri yang kerdil ini melangkah kuat demi segenggam ijazah, buat para sahabat yang sentiasa bersama, sayang korang semua.”
Isteri Dato’ Sri Eizlan Titip Ucapan Tahniah
Sementara itu, isteri pelakon filem Kudrat 1968 berkenaan turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah kepada suami atas pencapaian membanggakan tersebut.

“Congratulations my love, Eizlan Yusof. All your hard work and patience has finally paid off. Very proud of you.”
Dato’ Sri Eizlan mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Tasha pada 12 Disember 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa dan Zareen Rosa.

sekarang!

