Terinspirasi dengan semangat dan kegigihan usahawan wanita ini dalam mengemudi empayar miliknya. Mula menjual air mangga di pasar malam satu ketika dahulu, kini bisnes minuman buah-buahan Siti Aisyah Kamaruddin terus berkembang maju di pasaran. Malah dia juga bijak mengembangkan perniagaan dengan mempelbagaikan variasi produk termasuk sajian pencuci mulut.
Ads
Meniti usia 30 tahun, Aisyah ialah usahawan kelahiran Kuala Lumpur yang juga merupakan pengasas Ayaq World Sdn Bhd. “Saya mula fokus berniaga jus mangga di pasar malam pada tahun 2011 di Sentul dan HKL. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan jus mangga yang dijual di kedai tidak menepati cita rasa.
Rasa kecewa tersebut mencetuskan ilham buat saya untuk menghasilkan dan menjual jus mangga yang lebih pekat, segar dan tanpa bahan pengawet. Ia bersesuaian dengan tagline produk kami iaitu iaitu ‘Pekat, Likat, Melekat’.
Pada tahun 2016, air minuman berasaskan mangga seperti mango shake dan mango float mendapat sambutan cukup hangat. Fenomena ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan yang saya usahakan. Dari situ tercetusnya idea untuk menukar strategi dengan membotolkan jus mangga tersebut.
Semuanya bermula apabila seorang rakan menghubungi saya untuk memesan jus mangga. Apa yang saya lakukan ketika itu, saya beli air mineral kemudian buang air mineral tersebut. Saya gantikan dengan jus mangga saya. Kiranya itulah pertama kali saya ‘membotolkan’ jus mangga saya.
Sejak itu, jus saya mula dijual di tepi-tepi jalan, berdekatan bank, tepi kedai makan. Kemudian perniagaan ini semakin berkembang dan mula diagihkan kepada agen dan stokis,” kongsi Aisyah.
Ads
Dia yang merupakan salah seorang penerima anugerah Nona Superwoman Award pada tahun 2018 turut memberitahu, “Saya sangat menjaga orang-orang di sekeliling saya iaitu pekerja saya dan itulah rahsia kejayaan saya. Saya sangat menjaga kebajikan mereka termasuk rumah, makan dan sebagainya. Selain itu, saya juga menjaga dan pegang stokis serta agen saya dengan membeli jiwa mereka.
Tambah Aisyah lagi, untuk berjaya dalam perniagaan seseorang itu perlu berani mendepani cabaran. “Ramai orang diluar sana takut untuk menjadi usahawan terutama mereka yang bergelar wanita. kerana merasakan diri itu terlalu muda.
Ads
Apa yang boleh saya katakan ialah try and adjust! not try and error! Kita tidak tahu jika kita tidak mencuba. Selain itu, untuk memulakan sesuatu bisnes, kita perlu memberikan sepenuhnya fokus. Komited itu sangat penting dalam perniagaan.
Alhamdulillah, kejayaan saya selama ini di dorong oleh keluarga, adik-beradik dan suami. Tanpa mereka, tidak mungkin saya berada di tahap sekarang ini. Pekerja saya juga merupakan kekuatan saya.
Tambahan pula, anything happens to this business, mungkin mereka pun tidak mempunyai pekerjaan. Jadi yang benar-benar membuatkan saya kuat bertahan ialah team saya,” telus wanita berjiwa besar ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak lebih seminggu lalu, Dato’ Sri Eizlan Yusof aktif memerah keringat dan menabur bakti kepada para petugas barisan hadapan yang terlibat menangani pandemik Covid-19. Meskipun beliau boleh sahaja duduk di rumah, memantau situasi semasa dan memberi sokongan moral kepada frontliners menerusi media sosial atau sebagainya, namun ia belum cukup membuatkan aktor ini berpuas hati. Sebagai rakyat berjiwa prihatin dan public figure yang telah diberi kepercayaan untuk sentiasa menyokong serta membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dato’ Sri Eizlan tampil membantu.
Menariknya, beliau yang segak mengenakan uniform rasmi pegawai APM turut membawa isteri tercinta bersama untuk menjayakan usaha murni ini yang juga merupakan anggota APM. Daripada perkongsian Dato’ Sri Eizlan di Instagram miliknya jelas kelihatan beliau sangat selesa bertugas di lapangan bersama beberapa rakan artis lain yang turut menyertai APM.
Katanya, “Masa untuk kita semua rakyat Malaysia berganding bahu bersama bagi memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak. Bantulah apa yang termampu untuk kita.”
Selain mengagihkan sumbangan berupa makanan kepada kakitangan hospital, anggota polis dan tentera dalam memastikan mereka tidak kelaparan sepanjang bertugas melancarkan operasi, Dato’ Sri Eizlan termasuk pegawai dari kalangan artis dan penggiat seni (Briged Kesenian) turut menghadiri mesyuarat pengurusan bersama para pegawai tertinggi setiap pagi.
Antara rakan artis yang terlibat termasuk pelakon Adam Shahz, penerbit terkenal Dato’ A. Aida dan Maznah Zolkifli. Hujung minggu lalu, Dato’ A. Aida dilihat komited menyediakan masakan untuk para frontliners sambil dibantu cef popular, Chef Zam.
Alhamdulillah, ramai selebriti yang turun padang membantu.
Sementara itu, ratu hati Dato’ Sri Eizlan iaitu Datin Sri Natasha Rosa Boudville yang setia berkhidmat untuk masyarakat sepanjang Covid-19 ini turut menzahirkan penghargaan kepada frontliners terlibat.
Ujarnya, “Terima kasih KKM dan PDRM atas dedikasi dan pengorbanan anda semua supaya kami dijaga dan selamat. Tidak dilupakan juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Putrajaya yang tidak putus semangat dan tenaga bersama Eizlan Yusof, Adam Shahz dan Dato’ A. Aida. ”
Mengimbas kembali pembabitan Dato’ Sri Eizlan bersama APM, bapa kepada tiga anak ini telah menerima pentauliahan Leftenan Kolonel (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam pada April 2018. Sejak pengurniaan lantikan tersebut, beliau aktif berkhidmat bersama APM dan tahun lalu Dato’ Sri Eizlan bersama Adam Shahz serta pasukan APM telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records selepas mengharungi laluan laut sepanjang 718.57 kilometer. Ia merupakan pelayaran Ekspedisi Amphibious Craft dari Melaka ke Langkawi selama enam hari membabitkan 133 peserta.
Kredit project 2pi
Dato’ Sri Eizlan Yusof menamatkan zaman dudanya bersama Datin Natasha Rosa Boudville dalam majlis pernikahan serba indah di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada tanggal 12 Disember 2019. Datin Natasha merupakan wanita cantik berketurunan Serani yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara. Beliau memeluk Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar pelakon kacak tersebut pada September 2019.
Moga perkahwinan selebriti romantis ini berkekalan hingga ke syurga dan terus menjadi inspirasi dalam usaha mengajak masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan serta kebajikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan jumlah pengikut seramai 4.9 juta mengatasi selebriti Nora Danish, Neelofa kini mengungguli carta teratas artis Malaysia paling ramai followers di Instagram. Biarpun dihimpit pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan tersebut terus bersinar dan mendapat tempat di hati peminat.
Tambahan pula, awal April lalu nama Noor Neelofa Mohd Noor tersenarai dalam Forbes 30 sebagai di antara 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang berjaya membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Tatkala bertemu usahawan berusia 28 tahun ini semasa pelancaran koleksi Naelofar Hijab terbaharunya, Neelofa sempat meluahkan rasa gembira dengan kejayaan tersebut namun enggan menjadikan Instagram sebagai ‘medan persaingan’ sesama artis.
“Saya tak ada upload apa-apa ucapan terima kasih di Instagram sebab saya tak mahu followers atau orang luar merasakan ia sebagai pertandingan untuk bersaing dengan artis. Biarlah ia berlaku secara natural dan orang tak sedar meskipun sebenarnya ia adalah satu platform yang baik.
Melalui cara ini, saya dapat mendekati peminat, memberi inspirasi kepada orang ramai dan mempromosikan produk-produk saya. Jadi, tak ada istilah nak lawan siapa lagi bagus atau siapa lagi hebat.”
Tambah Lofa lagi, segala apa yang dikongsikan dalam laman media sosial tersebut adalah dirinya yang sebenar dan enggan menjadi orang yang berbeza semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.
Mulai penghujung Julai ini juga, Lofa dijadualkan sibuk dengan penggambaran drama bersiri ‘Red Velvet’ bersama Alif Satar dan kemudian menyertai program Forbes 30 Under 30 Asia 2017.
Beliauseterusnya bakal menghadiri acara berprestij Swarovski di Milan, Itali di samping bertemu duta jenama tersebut, Karlie Kloss.
Selain Neelofa, antara selebriti yang turut mempunyai bilangan followers yang tinggi termasuklah Nora Danish, Zizan Razak, Dato’ Siti Nurhaliza, Scha Al-Yahya, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Awal Ashaari dan Rozita Che Wan.
Syabas Lofa! Ikuti video temu bual eksklusif Nona bersama beliau di facebook.com/majalahnona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Halle Bailey kecoh diperkatakan selepas namanya diumumkan akan membawa watak ikan duyung Ariel menerusi filem ‘live action’ The Little Mermaid.
Umum mengetahui ciri-ciri watak animasi popular tontonan jutaan kanak-kanak itu berkulit cerah/putih, berambut merah dan bermata biru, jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan personaliti, identiti dan warna kulit Halle.
Ini sekaligus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pengemar animasi yang membesar menonton watak ikan duyung kesayangan ramai itu di kaca TV sejak dari kecil lagi.
Pemilihan itu pastinya dilihat ‘melawan arus’ sehinggakan ada yang ingin memboikot serta meninggalkan komen-komen berbaur kecaman tubuh dan kaum terhadap Halle.
Namun di sebalik kontroversi ini, Halle yang juga seorang penyanyi berkulit hitam ini langsung tidak tunduk dengan kecaman tersebut, malah Halle dilihat terus ‘berenang’ tanpa menghiraukan apa yang dikatakan, sebaliknya membuktikan yang watak Ariel sememangnya ditakdirkan untuknya.
Walau dikecam teruk di media sosial, namun masih lagi ramai yang mengagumi bagaimana seorang wanita berkulit hitam memecah tembok tradisi sehingga menjadi inspirasi kepada wanita termasuk kanak-kanak ‘women of color’ untuk terus mengejar impian tanpa perlu endah dengan kata-kata orang yang ingin menjatuhkan semangatnya.
Yang pasti, Hailey bukanlah sebarang orang. Rupa-rupanya dia sudah lama aktif dalam bidang seni hiburan dan lakonan sejak 2003 lagi, malah ini bukanlah filem pertamanya Sebelum ini beliau pernah muncul dalam siri televisyen yang disiarkan di Disney Channel, Austin & Ally. Dalam episode tersebut dia dan kakaknya diberi peranan sebagai hakim selebriti untuk pertandingan nyanyian.
Selain handal beraksi di hadapan kamera, Halle juga cukup berbakat dalam muzik! Dia dan kakaknya menubuhkan kumpulan duo R&B Chloe x Halle.
Mandatory Credit: Photo by Chris Pizzello/Invision/AP/Shutterstock (10675522f)
Kemunculan duo ini turut mendapat perhatian Beyonce seterusnya menandatangani kontrak bersama labelnya, Parkwood Entertainment. Kumpulan itu kini mempunyai dua album, tiga drama lanjutan, satu pita campuran, 11 single dan 13 video muzik, malah pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah Grammy pada tahun 2019 dan 2001.
Malah Hailey juga tidak asing lagi dengan Disney di mana sebelum ini Hailey pernah menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem A Wrinkle In Time, dan kini Hailey menjadi artis kulit hitam kedua untuk watak puteri Disney selepas penyanyi Brandi yang pernah membawa watak Cinderella.
Semoga kisah kejayaan Halle ini menjadi semangat dan inspirasi buat semua wanita untuk terus mengejar impian walaupun di awalnya nampak mustahil, kerana takdir bukanlah penentu segalanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...