Semakin Manis & Cantik Bertudung, APRENA MANROSE Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah

Sejuk mata memandang tatkala melihat seorang demi seorang selebriti wanita bertudung penuh. Antaranya ialah Izara Aishah, Farah Nabilah, Nana Mahazan, Elizad Sharifuddin. Betty Rahmad dan Fieya Julia.

Tak ketinggalan dramatis cantik Aprena Manrose atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman. Kian terserlah keayuan serta kecantikan semula jadi Aprena sejak bertudung biarpun tampil dengan raut wajah yang polos tanpa solekan. Hanya calitan eyeliner hitam dan lipstik rona lembut dah cukup menaikkan seri artis kelahiran Kelantan ini.

Semakin cantik dan berseri-seri sejak bertudung.
Sejuk mata memandang.
Aprena bersama suami tersayang, Mohd Afiq Hazman yang banyak menyokongnya dalam apa jua perkara.

Baru-baru ini Aprena telah memuat naik satu posting

di Instagram miliknya @aprenamanrose sekaligus membuktikan yang dirinya sudah bertudung penuh.

“Saya baca DM semua yang mendoakan, keep doa please. Thank you so much! Syukur tak terhingga. Semoga doa berbalik pada you all. Terima kasih Allah”

Salah satu asbab Aprena bertudung kerana pemergian arwah Siti Sarah yang menghidupkan jiwa.
Aprena kini lebih selesa memilih pakaian longgar dan ringkas, tapi tetap cantik!

Para pengikutnya memberi kata-kata semangat agar Aprena terus istiqamah dan ada juga yang memuji penampilannya yang cantik bertudung biarpun ringkas. Aprena dilihat cukup manis menyarungkan pakaian longgar dan selendang polos dari koleksi warna-warna lembut.

Turut berhijrah ialah kakaknya Oktovia Manrose yang sudah berhijab sejak Aidilfitri lalu. Bagaimanapun, kakaknya memilih untuk tidak berkongsi tentang penghijrahannya itu kerana niat berubah kerana Allah SWT.

Manisnya Oktovia Manrose yang mula berhijab sejak Aidilfitri lalu.

Aprena, 28, merupakan anak kepada Iwan Syahman, bekas penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dulu. Manakala ibunya ialah Rosnah Mohd Noor yang merupakan pelakon filem jelita era 80an kelahiran Pasir Puteh, Kelantan.

Kini 8 tahun sudah berlalu setelah pemergian arwah ibunya yang meninggal dunia akibat kanser payudara dan komplikasi penyakit. Menurut Aprena, dialah paling rapat dengan arwah ibunya.

Arwah ibu Aprena yang merupakan pelakon tersohor era 80-an, Rosnah Mohd Noor.
Bersama bapa, Iwan yang merupakan bekas penyanyi dangdut.

Aprena berjaya membuktikan bakat yang dimiliki bukan sia-sia apatah lagi dapat memenuhi impian arwah ibunya yang mahu melihat dia berjaya dalam pengajian serta lakonan. Aprena merupakan graduan Diploma Penyiaran & Filem dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU).

SOKONGAN SUAMI
Isteri kepada Mohd Afiq Hazman ini pastinya sentiasa mendapat sokongan penuh daripada suami dalam apa jua perkara yang dilakukan termasuklah keputusan bertudung. Aprena tidak pernah menyembunyikan status perkahwinan mereka kerana baginya restu dan sokongan suami sangat penting.

“Saya bersyukur kerana suami sentiasa memberi sokongan kepada saya dan paling penting sangat sporting. Selalunya sebelum pergi ke set saya akan selesaikan dulu kerja-kerja rumah. Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya fokuskan kepada tanggungjawab sebagai isteri.

Cara reward diri pula dengan memberikan hasil yang terbaik dan berkongsi rezeki dengan suami serta ibu bapa. Insha-Allah, hidup kita akan lebih berjaya,” ujar Aprena yang bercita-cita untuk bergelar pelakon teater serta mencuba bidang nyanyian dan pengacaraan.

Kredit Foto: Instagram @mrsaprenamanrose

IKLAN
Share