Benci melihat bibir hitam, kering dan merekah? Tiga masalah yang paling mengganggu penampilan wanita. Bibir hitam, mempengaruhi penampilan seseorang. Tangan pula mula ‘gatal’ menarik kulit kering yang mengelupas sehingga timbul iritasi dan luka pada bibir. Itu belum lagi bibir yang sudah merekah, menambah rasa pedih dan sakit terutama ketika makan mahupun minum.

IKLAN

Ah, semuanya menimbulkan rasa yang tidak selesa. Sungguh memalukan untuk berhadapan dengan orang lain. Tidak semua pelembap bibir dapat mengatasi masalah bibir kering, apatah lagi menghilangkan masalah bibir yang kehitaman akibat memakai lipstik. Lalu, apakah cara sesuai untuk merawat bibir yang bermasalah?

Bibir yang Sihat

Beberapa cara merawat bibir agar kelihatan merah dan terhindar daripada kekeringan, mengelupas dan merekah. Amalkan gaya hidup serta rutin harian seperti di bawah untuk merawat bibir yang bermasalah:

  • Banyakkan minum air putih, buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
  • Elakkan menjilat bibir. Tindakan ini boleh memburukkan masalah bibir
  • Hindari daripada menggunakan lipstik yang boleh menimbulkan iritasi pada bibir seperti yang mengandungi pewarna sintesis dan juga pewangi
  • Ambil banyak makanan yang mengandungi vitamin B dan C yang mencukupi
  • Gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam untuk membersihkan bibir yang mengelupas sebelum menggunakan pelembap bibir
  • Sentiasa lindungi bibir dengan pelembap bibir. Ulang pemakaiannya beberapa jam sekali atau setiap kali bibir terasa kering lebih-lebih lagi apabila berada dalam cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Hindari makan makanan yang bergetah, terlalu panas dan pedas. Elakkan juga makan makanan yang bergaram tinggi seperti kuaci dan seumpamanya
  • Jauhi tabiat merokok, kurangkan pengambilan kafein dan jangan menggigit dan mengupas kulit kering pada bibir

Cara Rawat Masalah Bibir

Terdapat tiga bahan alami utama yang sering digunakan untuk mengurangkan masalah bibir hitam iaitu madu, lidah buaya dan timun. Bagi masalah bibir kering pula kebiasaannya bahan yang digunakan adalah seperti lobak merah, tomato dan juga oren. Manakala bibir merekah pula boleh dirawat dengan menggunakan minyak badam, lemon dan mentega.

Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh didapati daripada bahan-bahan alami untuk merawat bibir:

Madu
Sapukan dengan rata pada bibir setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman. Bersihkan keesokan pagi sambil mengurut perlahan pada bahagian bibir. Amalkan tiga kali setiap minggu.

Lobak merah
Lobak merah segar boleh digunakan untuk merawat bibir kering. Parut sedikit lobak merah dan ambil airnya. Minum air perahan lobak merah tadi. Hampasnya boleh digunakan untuk disapukan pada permukaan bibir.

IKLAN

Minyak badam
Kandungan serat, protein, vitamin A, kalsium dan juga zat besi pada minyak badam membantu mengatasi bibir merekah. Sapukan minyak badam yang dicampur madu pada bibir sekali setiap hari sebelum tidur.

Buat Sendiri Skrub Bibir

Bagi anda yang ingin membuat sendiri skrub bibir, bolehlah mencuba cara-cara seperti di bawah. Hanya gunakan bahan-bahan alami dan mudah didapati. Ia bertujuan untuk mencerahkan bibir yang gelap di samping merawat masalah bibir kering, merekah serta membuang sel kulit mati.

IKLAN

Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan. Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir. Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit dan bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.

Bahan-bahan:

  • 30 gram gula tebu organik (dikisar)
  • 10 ml ekstrak prun
  • 5 ml madu
  • 5 ml minyak zaitun
  • 0.5 ml minyak vitamin E

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati. Simpan di dalam bekas yang sesuai. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI