Supermodel Gisele Bündchen akhirnya mengesahkan khabar angin mengenai perceraiannya dengan suami, pemain besbol professional, Tom Brady. Tom dan Gisele berkahwin pada tahun 2009.
Pasangan tersebut telah lama berjauhan antara satu sama lain sejak quarterback profesional itu kembali bermain untuk National Football League (NFL). Gisele pula dikatakan mengembara dari satu bandar ke bandar lain untuk mencari ketenangan.
Kedua-duanya telah memuat naik kenyataan bersama di laman Instagram masing-masing mengesahkan perkara tersebut.
Ads
‘Kami mencapai keputusan bersama dan sangat menghargai masa-masa yang kami lalui sepanjang hidup bersama.
“Kami akan bersama-sama menjaga anak dan berikrar untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang sangat diperlukan mereka,” kata Gisele.
Pasangan ini mula berpacaran pada tahun 2006 sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumag tangga pada wal tahun 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Benjamin Rein, 13 dan Vivian Lake Brady, 10 tahun.
Tom turut memiliki seorang lagi anak lelaki bernama John Edward, 16, hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri yang juga pelakon, Bridget Moynahan.
Meskipun mengambil jalan untuk berpisah, Tom mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya serta berharap kedua-dua mereka dapat terus melangkah maju ke hadapan.
“Sudah tentu perpisahan ini sesuatu yang menyakitkan dan sukar, seperti mana yang dilalui pasangan lain yang berpisah.
Walau bagaimanapun, kami akan saling menyokong antara satu sama lain dan akan meneruskan kehidupan masing-masing selepas ini, ” kata Tom.
Pasangan itu memiliki sebuah kediaman mewah bernilai RM77.5 juta di Indian Creek Village di Miami.
Ads
Melihat susuk tubuhnya yang ramping seperti anak dara, pastinya ia menjadi idola untuk wanita mendapatkan susuk tubuh sepertinya.
Walaupun sudah memiliki dua orang anak serta berhadapan saat sukar dalam perkahwinan dan tinggal secara berasingan, Gisele dikatakan sangat menitikberatkan penjagaan dirinya dan memastikan dia sentiasa aktif secara fizikal.
Gisele kini sibuk dengan kehidupannya sendiri dan meluangkan masanya jauh dari sisi Tom dengan berulang alik dari Miami dan New York.
Gisele sememangnya amat menggemari senaman antaranya termasuklah yoga, pilates, Brazilian Jiu-Jitsu, berenang, berjalan kaki dan mendaki.
Ads
Dedah Gisele dalam salah satu posting Instagramnya, yoga juga membantu melegakan tekanan dan bagus untuk meditasi. Selain itu, pilates menjadi antara kegemaran Gisele kerana ia membantu menguatkan otot serta membantu mengimbangi badan disebabkan oleh penekanan pada keseimbangan dan pengecutan otot.
Brazilian Jiu-Jitsu mungkin merupakan sesuatu yang baharu tetapi seni bela diri ini dikatakan boleh melatih setiap bahagian badan dengan menggunakan pergerakan yang banyak.
Menjengah ke laman Instagram miliknya, Gisele sering berkongsi aktiviti sukan air kegemarannya termasuklah berenang, surfing, paddle boarding dan wakeboarding.
Gisele juga amat sukakan aktiviti berjalan dan mendaki di mana aktiviti ini membantu membakar lemak sambil dapat menghirup udara segar bagi merehatkan minda.
Enggan berfikiran negatif dan terlalu memikirkan masalah, nampaknya pelbagai jenis senaman ini membantu Gisele menjaga kesihatan fizikal dan emosi! Inilah inspirasi untuk wanita masa kini. Bijak menjaga kesihatan diri secara fizikal dan emosi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, hebatnya! Empat anugerah yang diterima tu bukan calang-calang. Selayaknya, digelar beauty with brain anak dara Raja Azura ni.
Baru-baru ini, Raja Azura atau panggilan mesranya Kak Engku berkongsi detik manis hari anugerah kecemerlangan anak bongsunya, Puteri Mia Maizura di Instagram.
Detik manis itu telah diabadikan dalam sebuah video berdurasi 1 minit 40 saat.
“Syukur alhamdullilah congrats Puteri Mia Maizura,” tulis Raja Azura di ruangan kapsyen.
Video tersebut memaparkan Puteri Mia Maizura yang merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur berjaya meraih empat anugerah terbaik iaitu Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
Masha-Allah, sejuk perut ibu mengandung. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang wanita apatah lagi yang bergelar ibu tunggal apabila anak-anak berjaya dalam akademik.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dan penyampai radio terkenal ini.
Bertuah anak-anaknya dikurniakan seorang ibu yang ceria dan penyayang. Didikan Raja Azura terhadap mereka juga adalah terbaik biarpun lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Lebih bermakna lagi, kejayaan anak bongsunya itu turut menjadi ‘hadiah’ paling istimewa buat Raja Azura sempena hari lahirnya yang ke-51 tahun.
“Terima kasih hadiah hari jadi Mama 18/8/2023,” luah Raja Azura.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat termasuk rakan-rakan artis menitipkan ucapan tahniah.
Semoga anak-anak Raja Azura terus berjaya di dunia mahupun akhirat seterusnya menjadi anak-anak yang berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Selain Puteri Mia Maizura (18), dua lagi anak Raja Azura ialah Megat Muhammad Raziq (21), dan Megat Luqman Haqim (20).
Untuk info, Raja Azura atau pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin merupakan antara selebriti yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini.
Perkara ini diluahkan penyanyi itu yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna menerusi laman sosial instastorynya bertindak memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Pernah Hadapi Masalah Kewangan, Tetap Bertahan Dalam Industri!
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Menurut Yuna, Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier miliknya hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan jenama Yuna.
Sekadar info, pemilik nama penuh, Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia yang sudah memulakan karier seawal usia 14 tahun.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuam dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Siapa sangka, kini dia sudah hampir 12 tahun bertapak dalam industri hiburan di negara Uncle Sam berkenaan. Rezekinya makin cerah dan tidak putus-putus apabila turut ditawarkan peluang berduet bersama penyanyi terkemuka antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.
Jadi Sumber Inspirasi Kepada Wanita, Tempa Kejayaan Di Peringkat Antarabangsa!
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu dan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedang hangat dengan drama Cik Ayu Mee Sanggul di kaca televisyen, wajah cantik wanita ini sekali lagi menjadi bualan. Muncul dengan imej berkebaya dan dipadankan dengan sanggul sendeng menyerlahkan kejelitaan Amelia Thripura Henderson.
Bergandingan dengan pelakon Aqasha dan Datuk Rosyam Nor, wanita yang memulakan karier sebagai talent iklan sejak usia 10 bulan ini kelihatan semakin bijak menjiwai watak yang dibawanya.
Khabarnya demi menjayakan watak anak kelahiran Ampang, Selangor ini sebagai Cik Ayu, pelakon yang fasih berbahasa Melayu ini berpeluang menggayakan 40 pasang kebaya. Memang cantik-cantik kebaya yang digayakan oleh wanita yang berusia 26 tahun ini.
Di sebalik dunia lakonan wanita kacukan Sri Lanka-Scotland ini turut aktif mencurah bakti sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Baru-baru ini pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pengantin 100 Hari ini telah berkongsi di laman media sosialnya tentang aktiviti sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Untung lah siapa yang mendaftar di PPV UKM, dapat jumpa wanita cantik ini.
Wajah Amelia Handerson kelihatan begitu berseri-seri dan cuba mencungkil rahsia cergasnya. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.
Tarian membuat saya kekal cergas dan bertenaga. Jika mempunyai masa yang terluang saya akan berenang dan menaiki tangga berbanding mengambil lif.
Saya seperti kanak-kanak yang lain dahulu dihantar oleh ibu bapa untuk belajar ballet. Saya mula menari ballet sejak usia tiga tahun dan mula serius dalam tarian apabila usia menjangkau 13 tahun.
Ketika mula serius menari saya memberanikan diri menyertai The Dancer Society Classical Solo Ballet Competition. Tidak sangka menjadi juara dan saya ditawarkan biasiswa ke Australia.
Dua minggu menimba pengalaman di sana benar-benar menyuntik semangat sementelah saya baru berusia 13 tahun ketika itu,” ujar Amelia yang pernah berlakon di dalam filem tempatan antaranya Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Menurut wanita yang meminati rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Nurita Harith dan Adila Long ini tarian sukar untuk dipelajari. “Memang sejak kecil saya suka menari dan keluarga tidak pernah memaksa untuk terjun dalam dunia tarian ini.
Sebenarnya tarian sangat sukar untuk dipelajari. Jika menari tanpa minat yang mendalam pasti sukar untuk mengapai tahap tertinggi dalam bidang ini. Peperiksaan untuk lulus dalam tarian juga sukar. Tidak ada istilah belajar untuk lulus dalam tarian ini. Kini saya boleh menguasai tarian ballet, latin, ballroom, tap dan jazz dengan baik.
Tarian banyak mempengaruhi kehidupan seharian saya. Ballet adalah sukan yang sangat mementingkan disiplin. Disiplin yang tinggi ketika mempelajari tarian terutama ballet mengajar saya menjaga masa dan disiplin diri. Malah, ballet menjadikan postur tubuh saya kelihatan lebih cantik.
Selain itu tarian ballet membantu saya kekal aktif dan cergas. Walaupun tarian ini nampak lembut dan berirama namun, kita perlu cekal dan bertenaga untuk melakukannya. Saya akan sentiasa menari sampai bila-bila,” bicara Amelia yang pernah mementaskan persembahan teater muzikal The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...