Majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang berlangsung beberapa hari ini menjadi perhatian seluruh dunia. Bukan hanya pengantin diraja menjadi tumpuan, bahkan ahli keluarga pengantin juga tidak terkecuali. Ini termasuklah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang merupakan adinda kepada Putera Mateen.
Bakal menginjak usia 16 tahun, Puteri Ameerah ialah puteri bongsu kepada Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Kemunculan Puteri Ameerah ketika menghadiri majlis sempena perkahwinan kekanda tersayang, menarik perhatian khalayak. Apatah lagi, puteri diraja ini kelihatan semakin matang, jelita dan anggun dalam kelas tersendiri.
Kelibat Puteri Ameerah di Istiadat Berbedak Pengantin Diraja cukup mempersona. Tampil dalam persalinan tradisi kurung rona navy blue, Puteri Ameerah Wardatul kelihatan cukup berseri-seri dan memiliki kelas tersendiri!
Wajah cantik puteri diraja Brunei ini dirias cantik makeup artist Karen Then yang sudah sekian lama menata rias Puteri Ameerah kira-kira lima tahun lalu.
Menerusi perkongsian foto jurumekap tersebut di media sosial, rata-rata peminat adinda kepada YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel ini memuji rupa parasnya.
Ads
Selain menghadiri Istiadat Berbedak Pengantin Diraja, kelibat Puteri Ameerah turut kelihatan di Istiadat Bersanding Diraja.
Dalam majlis itu, Puteri Ameerah yang elegan dalam persalinan rona pastel biru dan lengkap bertudung duduk bersebelahan kekanda tersayang, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
Puteri Ameerah Wardatul dan kekandanya iaitu Putera Abdul Wakeel merupakan cahaya mata Sultan Brunei dengan personaliti televisyen Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya hidup dan cita rasa Azrinaz Mazhar Hakim memang ada kelas tersendiri! Setiap apa yang digayakan pasti meraih perhatian khalayak. Begitu juga dengan kediaman milik bekas personaliti TV ini yang serba mewah dan luas bak istana!
Tidak ketinggalan mengucapkan salam lebaran buat peminat di media sosial, Azrinaz turut berkongsi persalinan indahnya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal.
Tampil sedondon bersama anak dan suami, tidak dinafikan Azrinaz kelihatan cukup anggun berbusana indah royal blue. Begitu juga suami tercinta yang segak berbaju Melayu rona sama.
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji momen bahagia Azrinaz sekeluarga. Bahkan jelitawan ini juga mesra dan rajin melayan followers tersayang.
Selain Azrinaz dan pasangan, telatah comel dua puteri kesayangannya juga menarik tumpuan. Kian meningkat usia dan ceria, baju raya mereka tidak kurang menarik dan eksklusif!
Walau masih kecil, bijak bergaya seperti ibu tersayang. Memang stylo dan rekaan unik di bahagian lengan serta diperincikan dengan manik!
Ucap Azrinaz, “1 Syawal. Selamat Hari Raya from our lil family to yours. Minalaidilwalfaizin. Maaf Zahir & Batin.”
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah membuat keputusan berhenti kerja. Bagi ramai orang, kerjaya makan gaji lebih memuaskan dan terjamin pendapatan. Namun bagi Nur Farhanah Najmi pula sebaliknya. Anak Kuala Terengganu ini tekad melepaskan jawatan demi mengejar impian bergelar usahawan kosmetik, pertanian dan peruncitan.
Bertuah dikurniakan wajah cantik menawan. Kulit putih kemerah-merahan, wajah Nur Farhanah sekali imbas persis artis Korea.
Pada usia 29 tahun, wanita yang tinggal di Selangor ini mengambil keputusan menubuhkan perniagaan K Korean Cosmetics pada Februari 2020.
Tambah Nur Farhanah, dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja kerana minat yang mendalam terhadap bisnes serta yakin masanya akan lebih fleksibel apabila mempunyai perniagaan sendiri.
“Sebelum memulakan bisnes, saya adalah pekerja sepenuh masa di syarikat swasta sehinggalah awal tahun 2018, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja disebabkan masalah peribadi.
Pada awal tahun 2019, terdetik di hati saya ketika itu ingin mencuba nasib untuk menjadi ejen produk orang dan belajar secara mendalam untuk pasarkan produk secara atas talian.
Sehinggalah pada bulan Jun tahun yang sama, saya tekad buat produk sendiri berdasarkan minat yang mendalam di dalam bidang kosmetik seperti lipmatte.
Ketika itu saya ambil masa hampir 3 bulan untuk buat kajian. Keutamaan saya tentulah bahan asli atau organik yang lebih selamat untuk kulit.
Sehinggalah saya menjumpai sebuah kilang yang memasarkan produk berkualiti setaraf antarabangsa.
Produksi keluaran produk mengambil masa selama 6 bulan. Bermulanya dengan modal wang simpanan kerja sebelum ini, saya tekad untuk memulakan bisnes kosmetik disamping menambah ilmu yang meluas untuk pasarkan produk secara atas talian.
Setahun kemudian dengan duit keuntungan produk ini juga, saya cuba nasib pula dalam bidang pertanian dan peruncitan secara kecil-kecilan.
Saya anggap ini adalah pendapatan sampingan saya jika bisnes kosmetik yang dijalankan tidak lagi relevan pada masa akan datang.” Nur Farhanah
BISNES PANDEMIK
Sayangnya, segala pelan bisnes yang direncanakan oleh Nur Farhanah terjejas apabila seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19.
“Cabaran yang paling sukar ialah pada awal Mac 2020. Ketika itu kami baru ingin melancarkan produk pada umum.
Memang sukar masa tu, disebabkan pandemik yang melanda buat pertama kali dan dikala itu juga PM mengumumkan perintah lockdown selama 2 minggu dan bersambung kepada minggu-minggu seterusnya.
Bermula dari PKP 1.0, saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. Iklan-iklan yang dibuat juga tidak berkesan kerana orang ramai lebih mementingkan keperluan daripada kehendak.
Tapi ia sedikit pun tidak melemahkan semangat, malah membuat saya lebih gigih mencari peluang demi memajukan bisnes ini.” Nur Farhanah
Bercerita tentang pengalaman berniaga yang paling pahit dikenang, Nur Farhanah tanpa berselindung berkongsi kisah kerugian ribuan ringgit oleh sebuah syarikat terkemuka.
“Ya, saya pernah ditipu oleh mereka yang konon-kononnya menjanjikan perkhidmatan pakej terbaik untuk memasarkan produk di seluruh Malaysia dan antarabangsa.
Sehinggalah saya menyedari ditipu dan mengambil tindakan sewajarnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai. Ini juga menjadikan saya lebih berhati-hati dalam membuat pilihan untuk berurusan dengan orang yang tepat.”
Menjadikan pengasas produk Sendayu Tinggi iaitu Bonda Rozita Ibrahim sebagai sumber inspirasi, Nur Farhanah tekad menurut jejak langkah wanita tersebut membina empayar dalam perniagaan kosmetik.
Antara pencapaian terbaik wanita ini adalah mencapai target yang ditetapkan dalam tempoh yang singkat. Semua ini berjaya terlaksana sewaktu PKP 2020 setelah puas berusaha memasarkan produk secara online dan offline.
Selain itu, jaringan K Korean Cosmetics juga kian berkembang. Nur Farhanah kini mempunyai sokongan dan pertambahan ahli-ahli yang hebat seperti dropship, ejen dan stokis. Bahkan, mereka juga turut dijemput oleh stesen TV Alhijrah baru-baru ini bagi membicarakan tentang bisnes tersebut.
“Alhamdulillah suami menyokong dan membantu dari segi pengurusan bisnes dan juga kewangan walaupun dia masih bekerja dalam sektor kerajaan. Keluarga saya pula sentiasa menyokong dari belakang sejak bermulanya perniagaan kecil saya ini sehinggalah sekarang.
Harapan saya agar suatu hari nanti produk K Korean Cosmetics lebih dikenali di seluruh Malaysia dan juga antarabangsa serta dapat membuka syarikat sendiri di masa akan datang.
Dalam masa yang sama, saya juga ingin membantu lebih ramai wanita untuk belajar berniaga secara online mahupun offline untuk menjana dan meraih pendapatan sendiri.” akhiri Nur Farhanah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita, Amelia Henderson. Bukan sekadar cantik, namun Amelia juga seorang yang sangat bijak membawa diri malah memiliki IQ yang tinggi. Dari seorang model cilik, kini Amelia Henderson dilihat semakin aktif meluaskan bakatnya.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsikan perkara tentang Amelia yang tidak semua tahu.
Menerusi cuapan tersebut, individu tersebut mendedahkan yang Amelia merupakan ahli kepada Mensa International, dengan rekod penilaian IG sebanyak 180. “Dia sangat cantik, kelakar, bijak dan juga genius”.
Namun turut menarik perhatian adalah respon seorang pengguna yang menyentuh hal peribadi serta status Amelia yang suatu ketika dahulu pernah mendirikan tumahtangga. Dan perkara tersebut turut mendapat perhatian Amelia yang agak terkesan dengan status tersebut.
Amelia membalas dengan menulis, “ Jangan rendahkan martabat kaum wanita dengan status hubungan. Andai status saya yang sudah berkahwin mendatangkan masalah, itu bukan masalah bagi saya,” Amelia turut menulis yang dia tidak suka dengan perkataaan “janda” yang dilemparkan padanya, seakan-akan merendahkan dirinya.
if the biggest ‘problem’ with me is that i was once married, i think i’m doing ok 😂 https://t.co/z9CjlOPRO9
“Saya benci perkataan janda”, jelasnya lagi. Amelia juga turut menyatakan yang dia ingin dikenali dengan pencapaiannya dalam industri sebagai seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah, model, pengacara, penerbit dan berpengalaman di dalam industri selama 27 tahun.
also i hate the word janda so much… can we stop reducing women by describing us by our relationship status in 2023? i am an award winning actress, model, host, producer and dancer with 27 years of experience. janda is the most disrespectful and uninteresting way of describing me
Untuk rekap, Amelia Henderson pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2018 dengan bekas suami, Tunku Harunnarashed Putra namun perhubungan mereka tidak bertahan lama.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.